Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Percutian Lebih Bermakna Dengan SGI Vacation Club

2 min read

Mengapa berbelanja lebih untuk bercuti kalau boleh berjimat bersama SGI Vacation Club? Dengan menjadi ahli SGI Vacation Club, anda boleh menikmati beberapa kelebihan seperti penjimatan kos penginapan, peluang untuk bercuti ke lebih daripada 3,000 hotel / resorts yang berkualiti dengan ahli kongsi Interval International, perlindungan untuk kadar inflasi dan perlindungan untuk kadar mata wang. Team Majalah Santai Travel berpeluang merasai sendiri kelebihan bercuti sebagai ahli SGI Vacation Club di Swiss-Court Holiday Apartments di Damai Laut, Lumut, Perak.

Damai Studio, Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut

SGI Vacation Club menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk ahli kelab mereka! Setiap ahli SGI Vacation Club akan ditawarkan sebuah apartment yang moden di Swiss-Court Holiday Apartments. Selain itu, pelbagai kemudahan ditawarkan di sini seperti kolam renang, sauna dan juga bilik karaoke. Percutian selama tiga hari dua malam di sini cukup bermakna. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Jom ikuti pengalaman menarik kami sepanjang berada di sini?

Memancing di Jeti

Pada hari pertama kami berada di sini, kami mendapat peluang untuk merasai sendiri pengalaman memancing ikan. Terletak lebih kurang 600 meter dari apartment, terdapat sebuah jeti yang disediakan khas untuk para pengunjung melakukan aktiviti memancing tidak kira siang atau malam. Sambil bersaksikan Pekan Lumut, kami setia dan sabar menunggu ikan-ikan untuk menikmati umpan yang dihidang di pada mata kail.

Encik Zul berjaya menangkap ikan gelama

Snorkeling

Terdapat beberapa gugusan pulau-pulau kecil di perairan Lumut. Pulau yang terbesar di sini tentulah Pulau Pangkor. Kami mengambil sedikit masa untuk mencuba aktiviti snorkeling.  Walaupun pengalaman snorkeling di sini tidak seindah pulau-pulau di perairan Laut Cina Selatan, ia memberikan kami satu pengalamana baru. Perjalanan ke pulau terbabit hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja.

Kami menaiki bot untuk melihat pulau pulau menarik di Damai Laut

Jungle trekking

Buat mereka yang meminati alam semulajadi, anda boleh mencuba aktiviti berjalan di dalam hutan, (jungle trekking). Terdapat satu laluan jungle trekking tidak jauh dari apartment ini. Kami menghabiskan masa hampir dua jam untuk melakukan aktiviti ini. Kami juga telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di sini.

Damai Laut Golf & Country Club

Buat peminat golf, anda boleh menguji kemahiran anda bermain golf di Damai Laut Golf & Country Club. Kelab Golf ini menawarkan padang golf 18 lubang dengan par-72. Rekaan padang golf oleh Ronald Fream ini pasti memberikan cabaran buat para peminat golf. Alami sendiri pengalaman bermain golf sambil menghirup bayu laut Selat Melaka. Uniknya rekaan padang golf ini di mana sembilan lubang pertama bertemankan Selat Melaka manakala baki sembilan lubang bertemankan Sungai Dinding.

Faedah Untuk Menyertai Keahlian SGI Vacation Club

Terdapat beberapa faedah yang akan diperolehi oleh ahli SGI Vacation Club jika menyertai sebagai ahli dan antaranya adalah tidak lain tidak bukan ahli dapat menjimatkan kos penginapan jangka masa panjang. Mengikut anggaran yang dibuat, ahli-ahli kelab mampu untuk menjimatkan kos penginapan sebanyak 60% sehingga 70%.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *