Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK 7.0 SYRIA CARE

2 min read

Sempena musim sejuk yang akan tiba, Syria Care ada melancarkan satu kempen iaitu Pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk kepada pelarian Syria buat kali yang ke-7.

Kita sudah sedia maklum tentang keadaan Syria yang sedang mengalami pergolakan  tapi hal itu langsung tidak menjejaskan bagi pihak Syria Care untuk membantu pelarian Syria apabila tibanya musim sejuk. Kempen bantuan kali ini melibatkan 3 buah negara iaitu Syria, Lubnan dan Turki.

Majlis pelancaran kali ini turut dirasmikan oleh Pengerusi NIOSH & Aktivitis Kemanusiaan, Tan Sri Lee Lam Thye. Menurut Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, beliau menyasarkan kutipan bagi misi BMS7.0 pada kali ini sebanyak RM2.53 juta bagi memberi manfaat kepada 55,000 pelarian Syria. Sebagai permulaan, Syria Care telah membuat persiapan untuk menghantar tiga kontena yang terdiri 13,000 selimut, 5,000 jaket berkualiti tinggi, 5,000 topi dan 5,000 pasang kasut but bagi membolehkan barang-barang berkenaan diagihkan sebelum musim sejuk tiba yang dijangka akan bermula pada November ini. Kami juga sedang berusaha untuk membina 100 khemah kepada mereka di sana. Berikutan keadaan semasa khususnya di Idlib lebih banyak dana diperlukan bagi menampung keperluan asas khususnya pek makanan, bahan bakar dan alat pemanas, lebih banyak sumbangan diperlukan kerana tempoh musim sejuk yang berpanjangan sekurang-kurangnya empat bulan.

Pengerusi NIOSH & Aktivitis Kemanusiaan, Tan Sri Lee Lam Thye memberi ucapan.
Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki memberi ucapan.
Barang-barang yang ingin diagihkan kepada pelarian Syria pada musim sejuk yang kian hampir.

Sehubungan itu, Syria Care amat mengharap sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan penghantaran bantuan dapat dibuat dengan seberapa segera. Setiap ringgit yang anda sumbangkan memberi makna yang besar kepada mereka di sana. Sumbangan anda boleh disalurkan atas nama Syria Care melalui bank akaun berikut:

Maybank Islamic

562106653575

CIMB Islamic

8601894560

Affin Islamic

105990040004

RHB Islamic

26225000021775

Bank Islam

12038010137755

Bank Muamalat 12020003634715

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *