Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PENJANA : Penggiat Sektor Pelancongan Tarik Nafas Lega

2 min read

PUTRAJAYA : Pengumuman Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek memberikan khabar gembira buat semua pihak khususnya penggiat sektor pelancongan, seni & budaya.  Inisiatif  yang dikenali sebagai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah satu usaha segera kerajaan dalam membantu untuk memastikan  mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini dibantu bagi memastikan mereka dapat kembali menyumbang kepada perkembangan industri negara.


Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya dalam satu kenyataan media beliau menyatakann  Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi jelas membuktikan bahawa YAB Perdana Menteri amat mengambil berat dan prihatin akan setiap keluhan mereka yang tampil ke Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya.


“Antara yang dapat dimanfaatkan oleh pekerja, usahawan dan penggiat sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, serta telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji, ialah perluasan Program Subsidi Upah iaitu majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung,” jelasnya.

Selain itu, Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilai RM1 bilion untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan agar terus berdaya saing dalam era kebiasaan baharu. Namun perincian dana ini akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Julai 2020 kelak.

Menurutnya lagi beberapa langkah cukai juga akan dilaksanakan. Antaranya ialah :-

1. Perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan yang telah diberikan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 September 2020 akan dilanjutkan tempoh penangguhan selama 3 bulan lagi mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020;

2. Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021;

3. Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021; dan

4. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Selain sektor pelancongan YAB Perdana Menteri turut prihatin terhadap penggiat industri kreatif, hiburan dan acara.

“Saya juga mendengar keluhan daripada karyawan, pengarah filem, kru

produksi dan pengurus acara yang merupakan antara penyumbang kepada sektor

pelancongan. Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula

industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan

melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta,” tambahnya lagi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *