Sat. Jul 11th, 2020

Santai Travel Channel

KHABAR GEMBIRA BUAT INDUSTRI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA NEGARA

2 min read


YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya melahirkan rasa lega dan berterima kasih atas pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berkuatkuasa 10 Jun 2020.
Menerusi PKPP nanti aktiviti merentas negeri dan pelancongan domestik akan dibenarkan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan impak positif kepada sektor pelancongan negara.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dengan jelas menyatakan bahawa selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, pelancongan domestik akan dibenarkan,” kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menerusi kenyataan medianya.

Menurutnya lagi langkah ini amat bertepatan pada masanya kerana sektor pelancongan berupaya membantu negara mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi. Ini adalah kerana sektor pelancongan adalah sektor yang melibatkan sub-sektor ekonomi lain seperti perhotelan, inap desa, pengangkutan, pengusaha makanan di restoran dan gerai serta pemandu pelancong.

“Sebagai menyokong pengumuman YAB Perdana Menteri, saya ingin menyarankan seluruh rakyat di negara ini mengambil peluang ini untuk sama-sama menyemarakkan semula industri pelancongan, seni, budaya dan warisan negara. Keunikan produk-produk pelancongan yang ada di negara kita adalah untuk kita kunjungi, terokai dan menikmatinya, seperti muzium, keindahan alam semulajadi dan hasil kraftangan.

Beliau turut menyarankan kepada penggiat industri pelancongan yang terdiri dari pelbagai segmen ekonomi dan masyarakat, untuk teruskan usaha menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif.

“Namun, pada masa yang sama, kita perlu menjalankan aktiviti ini dengan penuh rasa tanggungjawab dengan mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kita masih lagi harus memastikan wabak Covid-19 kekal terkawal,” tambahnya lagi.

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.