Tue. Sep 28th, 2021

Santai Travel Channel

PEMULIH Tidak Bermakna Buat MyBHA

2 min read

KUALA LUMPUR : Sekali lagi Industri Pelancongan dan Perhotelan tidak mendapat perhatian secara langsung daripada Pelan Pakej PEMULIH yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri walaupun dinyatakan bahawa sektor ini adalah sektor yang paling terkesan.

Dengan pemansuhan Sekatan Perjalanan, purata peratus penginapan dijangka mencecah hingga 20%. Lanjutan tempoh elektrik sepertimana pengumuman amat dialu-alukan demi kelangsungan industri perhotelan, namun diskaun 10% tidak dapat memenuhi keperluan sektor perhotelan.

Menurut Hajah Emmy Suraya Hussien, Presiden Malaysia Budget Hotel Association (MyBHA), lanjutan Program Subsidi Upah selama 4 bulan lagi terutama 2 bulan pertama untuk fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan 2 bulan kedua untuk Fasa 3 untuk sektor- sektor yang terbabit memerlukan penjelasan yang lebih mendalam.

“Seperti yang diumumkan, ianya bergantung kepada keadaan semasa negara menuju ke Fasa 2 dan ke 3 Pelan Pemulihan Negara. Jika industri perhotelan dimasukkan ke senarai tidak terkesan tetapi ia masih memberi kesan yang berat kerana tiada perjualan bilik hotel akibat sekatan perjalanan,” kata Emmy.

Tambahnya lagi , pemansuhan paras gaji RM4,000.00 amat dialu-alukan kerana ia membolehkan majikan menggunakan subsidi berkenaan untuk semua pekerja.

Sementara itu , pengecualian levi PSMB untuk tempoh 2 bulan lagi juga tidak jelas kepada industri perhotelan, memandangkan ia hanya untuk majikan yang tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP. Pengecualian sehingga Disember 2021 tidak melibatkan industri perhotelan seperti yang dimaklumkan oleh pihak PSMB.

“Walaupun Kerajaan mengakui kesan yang melanda industri pelancongan, bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM3,000 hanya ditawarkan kepada pen gendali pelancungan sahaja. Pengendali Hotel terkecuali dari menerima insentif bantuan kewangan tersebut walaupun mengalami kerugian serta bebanan aliran tunai,” jelas Emmy Suraya.

Menurutnya lagi , lanjutan pengecualian Cukai Pelancungan dan Cukai Perkhidmatan hingga Disember, 2021 amat diperlukan untuk mengalakkan perbelanjaan walaupun ianya bukan bantuan secara fiskal. Pemain industri akan terus memberi maklum balas kepada pihak kerajaan untuk memastikan strategi dan dan keputusan yang dilakukan ketika negara menuju Fasa ke 4 PPN bagi membina semula sektor pelancongan negara.

Pihak industri juga mengalu-alukan moratorium pinjaman yang amat diperlukan bukan sahaja kepada pengendali pelancongan dan perhotelan tetapi kepada semua sektor yang berkait rapat antara satu sama lain. Namun, moratorium ini haruslah tanpa faedah untuk mengelakkan kesan kredit yang lebih teruk.

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.