Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Peluang Terokai Pasaran Pelancongan Baru DI MATA Bizconnect WTM London

2 min read



Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) akan menganjurkan Misi Dagang
Pelancongan (Biz Connect @WITM London) bersama-sama pemain industri
pelancongan tempatan untuk menjalinkan hubungan perniagaan bersama agensi
pelancongan di London sempana World Travel Market di London yang akan
berlangsung di Excel, London dari 7 hingga 9 November 2022. World Travel Market
London merupakan pameran pelancongan antrabangsa terbesar yang disertai hampir
semua negara di dunia.
Biz Connect @WTM London akan diadakan di Holiday Inn Regent’s Park yang
terlertak ditengah-tengah bandaraya London pada 6 November 2022 bermula dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. MATA mensasarkan 50 pemain industri
pelancongan tempatan yang akan turut serta dalam misi Biz Connect ini. Peserta bagi Misi Biz Connect ini terdiri daripada Agensi Pelancongan, Hotel, Resort, Inap Desa,
Taman Tema, Pusat Membeli-belah, Syarikat Penerbangan, Syarikat Pengangkutan Darat dan Persatuan Pelancongan.
Sabagai Rakan Strategik MOTAC, MATA sudah tentu akan berganding bahu
membantu pihak Kerajaan Malaysia terutama nya MOTAC dan Tourism Malaysia dengan mempromosikan Malaysia sebagai Destinasi Pilihan bagi pelancong dari
Eropah terutamanya dari United Kingdom.

Biz Connect @WTM London diadakan sebagai Pra World Travel Market yang mana peserta dari Malaysia akan dapat menjalinkan sesi perniagaan mereka secara langsung dengan pembeli (Agensi Pelancongan dari United Kingdom) yang dijemput
untuk menyertai Biz Connect @WTM London ini. Biz Connect @WTM London lebih
mensasarkan pasaran United Kingdom berbanding semasa Pameran WTM adalah
pasaran secara terbuka yang bersaing dengan negara lain yang menyertai.
Biz Connect @WTM London menyasarkan seramai 60 lebih agensi pelancongan di
United Kingdom yang telah dipilih akan hadir bagi sesi ini. Pemain Industri
Pelancongan tempatan digalakkan mengambil kesempatan ini unuk mencari peluang
menjalinkan perniagaan mereka sekali gus membantu pihak MOTAC dalam
merealisasikan jumlah sasaran 10 Juta kedatangan pelancong,
Bagi penggiat industri yang ingin menyertai Misi Dagang Biz Connect, boleh
mendaftar melalui pautan dibawah
https://docs.google.com/forms/d/1mJt4W75PSXtZylTOqBrEAWn13E1cI9in15b-
72eUO68/prefill
MATA juga dalam rangka mengadakan Misi Dagang Biz Connect @ITB Berlin dan Biz
Connect @ATM Dubai pada awal tahun 2023.
Bagi pemain industri yang berminat untuk menyertai Misi Dagang Biz Connect @WTM
London ini boleh menghubungi Sekatariat di info@mata.trave

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *