Thu. Apr 18th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KONSERT ROSSA 25 DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI

1 min read

KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah Konsert “Rossa 25″ Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa akan kembali ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini

Konsert “Rossa 25″ Shining Years Concert” di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA).

Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.
Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik; Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya.

Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000. Tiket Konsert ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan secara Offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP
di talian (013-3886533 Pn. Nelle).

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *