Tue. Apr 23rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Pelancongan Negara Alami Penurunan 78.6%

1 min read

PRESTASI PELANCONGAN NEGARA REKOD PERTUMBUHAN NEGATIF 78.6 PERATUS DARI JAN – SEP 2020

PUTRAJAYA, 7 DISEMBER 2020: Malaysia terus merekodkan pertumbuhan negatif bagi prestasi pelancongan negara secara keseluruhan berikutan wabak pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia.

Bagi tempoh Januari hingga September 2020, Malaysia menerima ketibaan seramai 4,299,419 pelancong antarabangsa berbanding dengan 20.1 jutapelancong bagi tempoh sama pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 78.6%.

Dari segi perbelanjaan pelancong, Malaysia merekodkan RM12.6 billion iaitu penurunan sebanyak 80.9% berbanding RM66.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019. Perbelanjaan per kapita turut mencatat penurunan sebanyak 10.7% dari RM3,289.30 pada tahun 2019 ke RM2,938.40 pada tahun ini.

Ketibaan pelawat harian (excursionists) di Malaysia pula mencatatkan sejumlah 1,733,101 pelancong, iaitu penurunan sebanyak 74.9% berbanding 6,905,378 orang yang telah melawat Malaysia bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Sila layari Statistik Tourism Malaysia untuk mendapatkan info lanjut berkenaan statistik pelancongan negara.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *