Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MOTAC SAMBUT BAIK PENAMATAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

1 min read


KUALA LUMPUR, 5 Disember 2020 : Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri , Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menyambut baik keputusan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan di negara ini yang akan bermula esok sebagaimana diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

“Keputusan itu secara tidak langsung dapat menghidupkan semula pelancongan domestik menerusi inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik yang sekarang telah dipermudahkan pergerakan meliputi semua zon tanpa perlu mendapat kebenaran PDRM. Namun, pergerakan keluar dan masuk kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

“Kawasan yang ditamatkan PKPB ialah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong. Selain kawasan- kawasan itu, Putrajaya juga akan ditamatkan PKPB mulai esok. Kelantan turut ditamatkan esok kecuali daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai dari pelbagai zon sekarang untuk melancong dengan selamat berpandukan SOP PKPP yang ditetapkan.

“Marilah kita buktikan bahawa kita mampu melawan Covid-19 dan melancong secara bertanggungjawab demi membangunkan semula ekonomi pelancongan yang telah melalui cabaran yang amat besar tahun ini,” tambahnya lagi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *