Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Nisa Bakri Gourmet Dan Vegan Nation Jalin Kerjasama

2 min read

Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Nisa Bakri Gourmet Dan Vegan Nation“The Success Journey of Puan Sri Nisa Bakri” telah diadakan bertempat di Restoran Sakura Kristal,Taman Melewati. Acara ini menyaksikan MOU antara NisaBakri Gourmet dan Vegan Nation untuk kerjasama dalam pengeluaran jenama pes segera makan dan pes segera masak .
Turut hadir ialah Puan Sri Nisa Bakri (pengasas NisaBakri Gourmet), Alex Chong (Pengasas Vegan Nation) dan selebriti seperti Serena Redzwan, Caprice, Dazrin dan ramai lagi. NisaBakri Gourmet jenama yang diasaskan oleh Puan Sri Nisa Bakri ini menjalin kerjasama dengan Vegan Nation yang dimiliki BMS Organic ,sebuah syarikat pengeluar pes sedia makan Organik. NisaBakri Gourmet dan Vegan Nation menghasilkan 6 jenis pes sedia makan organikiaitu :-
– Vegan Ikan Asam Pedas
– Vegan Ayam Kicap Manis Premium
– Vegan Ayam Masak Lemak Cili
– Vegan Rendang Daging
– Vegan Kari Kambing
– Vegan Peranakan Kari Ayam

Dengan menggunakan bahan asli dan bebas daripada “artificial preservatives “ pes sedia makan organik ini pastinya akan dinantikan oleh para peminat masakan organik dan mereka yang mengambil berat soal pemakanan sihat dan berkhasiat.
Bagi Puan Seri Nisa Bakri industri makanan dan masakan ini merupakan satu seni dan ia menyatukan rakan, keluarga dan masyarakat. Oleh kerana itu kata beliau kita perlu mendidik dan berkongsi dengan masyarakat tentang makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan .
“Kita perlu sentiasa menjaga kesihatan, memberi orang lain makan juga satu tanggungjawab, kadang-kadang kita makan tapi kita tidak tahu isi kandungan makanan itu, Apa yang kita makan itulah kita, Kita perlu ambil berat apa yang masuk dalam badan kita”ujar Puan Sri Nisa Bakri.
Bermula dari hobi dan rasa minat yang mendalam terhadap memasak sebelum menjadi satu perniagaan, Puan Sri Nisa Bakri melalui NisaBakri Gourmet melangkah lebih jauh dengan menghasilkan pelbagai produk masakan. Beliau banyak belajar dari kegagalan silam dan sentiasa membetulkan kesilapan, azam yang tinggi dan berani mengambil risiko dalam mencebur diri dalam perniagaan ini.Untuk perancangan akan datang pula Puan Sri Nisa Bakri akan meluaskan lagi NisaBakri Gourmet ini dengan mewujudkan “mobile kiosk” dan mencari usahawan yang berminat dimana beliau akan membantu para usahawan yang mahu memulakan perniagaan mereka .
Beliau ingin mengajak para usahawan kecil yang mahu berniaga tanpa modal yang terlalu besar tetapi berbekalkan niat dan usaha untuk berjaya dan para suri rumah yang mahu menjana pendapatan sempena bulan Ramadan ini.Bagi pengasas Vegan Nation, Alex Chong pula beliau dan Vegan Nation berasa bertuah kerana dapat berkerjasama dengan Puan Sri Nisa Bakri melalui NisaBakri Gourmet. Bagi beliau produk keluaran Vegan Nation dan NisaBakri Gourmet ini mampu mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama selain produk ini menekankan aspek kesihatan, keselamatan dan bersifat organik. Beliau juga yakin produk ini memudahkan urusan sahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadan nanti.

Maklumat lanjut boleh ikuti melalui laman media sosial berikut:-
Facebook : Nisa Bakri(Official)
Instagram : @nisabakriofficial_
Facebook : Vegan Nation#vegannation#sakurakristal#nisabakrigourmet

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *