December 5, 2022

Santai Travel Channel

MYBHA MOHON KERAJAAN LEBIH PRIHATIN KEPADA SEKTOR PERHOTELAN DAN PELANCONGAN

2 min read


Susulan Pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob untuk mengetatkan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat keatas sektor ekonomi dan sosial berkuatkuasa pada 25 Mei 2021, Pihak Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) sentiasa menyambut baik dan berterima kasih terhadap usaha Kerajaan untuk membendung Penularan Wabak Covid-19.

Namun pihak Kerajaan harus mengambil suatu inisiatif dalam membantu Pengusaha-Pengusaha Industri Pelancongan Dan Perhotelan yang telah terkesan dan terjejas akibat daripada pelaksanaan-pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) secara khasnya dan penularan Wabak COVID-19 secara amnya sejak awal tahun 2020 sehingga kini.

Menurut Hajah Emmy Suraya Hussein, Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) yang mewakili Pengusaha-Pengusaha Hotel 3 Bintang ke bawah mendapati bahawa Pihak Kerajaan telah mengabaikan nasib Industri Pelancongan dan Perhotelan yang kini berada pada keadaan yang sangat memerlukan bantuan dalam kelangsungan industri tersebut.

“Suatu usaha segera perlu dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Persekutuan bersama semua Kerajaan Negeri serta semua Agensi Kerajaan dan Swasta yang boleh menyumbang sebagai suatu bentuk bantuan kepada Pengusaha-Pengusaha Industri Perhotelan dan Pelancongan dan ianya sedikit sebanyak akan memberi suatu impak yang lebih berkesan dalam usaha untuk memastikan Industri Perhotelan dan Pelancongan bertahan tanpa ada pembuangan pekerja atau penutupan perniagaan,” katanya Emmy Suraya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Tambahnya lagi Pihak Kerajaan harus mengambil maklum bahawa Pelanggan sebuah hotel adalah terdiri daripada mereka yang datangnya daripada luar Daerah, Negeri serta Negara dan larangan merentas Daerah dan Negeri serta penutupan sempadan Negara telah menyebabkan mana-mana Hotel yang beroperasi tidak dapat pelanggan yang mencukupi dan ianya secara langsung menyebabkan penurunan pendapatan bagi manamana Hotel tersebut dan secara jelasnya menjadi suatu faktor yang menyumbang kepada pengurangan pekerja, pembuangan pekerja dan akhirnya penutupan hotel tersebut.

Masih banyak perkara yang boleh diambil kira untuk mengurangkan beban kepada Pengusaha-Pengusaha Industri Perhotelan dan Pelancongan akan tetapi pihak Kerajaan masih gagal untuk melaksanakannya.

“Dalam usaha untuk menyelamatkan Industri Perhotelan dan Pelancongan, kami merayu dan memohon supaya Pihak Kerajaan Persekutuan bersama semua Kerajaan Negeri serta semua Agensi Kerajaan dan Swasta bersikap lebih prihatin dengan mendengar rintihan dan keluhan Pengusaha- Pengusaha Industri Perhotelan dan Pelancongan dan dengan segera mengambil tindakan dalam memastikan Industri Perhotelan dan Pelancongan mampu bertahan,” tambahnya lagi.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.