Wed. Apr 17th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MyBHA Kecewa Kes Positif Covid 19 Melibatkan Pakej Pelancongan

1 min read

KUALA LUMPUR : MyBHA memahami perlunya sempadan negeri dibuka untuk industri pelancongan kembali bernyawa. Ketika Gelembung Perjalanan dilancarkan pada Mac, 2021, pemilik-pemilik hotel bernafas lega kerana telah menerima kehadiran tetamu ke hotel mereka dan sedikit sebanyak membantu kelangsungan perniagaan.

Menurut HAJAH EMMY SURAYA BINTI HUSSEIN, Presiden Malaysia Budget Hotel Association (MyBHA), Kluster Genting yang diwarwarkan di media sosial berpunca dari 2 buah bas dari Kedah dengan 16 orang didapati positif covid 19 adalah sesuatu yang menyedihkan dan bersimpati dengan mereka yang telah dijangkiti.

MyBHA percaya syarikat pelancongan yang menganjurkan program tersebut telah mengikuti SOP yang telah ditetapkan namun pertempuran dengan musuh halimunan sukar untuk dihadapi.

MyBHA berpendirian adalah tidak wajar untuk menyalahkan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya yang diterajui oleh YB Datuk Hajah Nancy Shukry kerana melancarkan Gelembung Perjalanan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang sedang nazak. Industri pelancongan Malaysia sedang nazak dan perlu diselamatkan daripada hilang dalam peta ekonomi negara. Sayugia diingatkan sektor pelancongan menyumbang sebanyak RM86.14 billion pada tahun 2019

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *