Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kes Positif COVID 19 : Sektor Pelancongan Tidak Harus Dipersalahkan

3 min read

KUALA LUMPUR :   Pihak Majlis Pelancogan Malaysia memandang serius tentang insiden pelancong positif Covid 19, lebih-lebih lagi ia melibatkan aktiviti pelancongan. Insiden ini ternyata memberikan satu implikasi negatif khususnya kepada sektor pelancongan yang telah terjejas teruk akibat pendemik Covid 19. Ia berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya /  MOTAC.100-2/1/18 Jld 2(17) bertarikh 20 Mei 2021 berhubung insiden pelancong positif Covid 19 di Kedah.

Sehubungan itu pihak Majlis Pelancongan Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada inisiatif serta maklum balas segera daripada pihak MOTAC dalam memberikan penjelasan terperinci dan berfakta berhubung dengan insiden tersebut.  Hasil daripada siasatan dan penjelasan daripada pihak MOTAC tersebut, pihak agensi pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan tersebut telah mematuhi semua garis panduan serta SOP yang ditetapkan. Manakala sumber asal kontak Covid 19 masih belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan KKM. 

Justeru adalah tidak wajar untuk kita semata-matanya menyalahkan industri pelancongan sebagai sektor yang membawa kepada penyebaran kes Covid 19 yang berlaku di Kedah.  Jika dilihat daripada segi peratusan kes yang berlaku, jumlah kluster yang melibatkan sektor pelancongan adalah sedikit jika dibandingkan dengan kluster-kluster lain. 

Pihak Majlis Pelancongan Malaysia menyambut baik usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak MOTAC bermula seawal tercetusnya pandemik ini. Bermula dari segi bantuan kewangan, meringgankan beban hutang dengan bank, lesen yang tidak perlu diperbaharui, plan stimulus pelancongan, program gelembung perjalanan dan banyak lagi usaha usaha dan inisiatif yang proaktif telah pun dan sedang giat dijalankan.

Industri pelancongan ada di antara sektor terbesar yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara kita. Sektor ini melibatkan agensi pelancongan, perhotelan,pengangkutan, kesihatan, kebudayaan, pendidikan, perkapalan(cruise), makanan, agro, MICE malahan  kebanyakkan perniagaan pasti ada yang berkaitan dengan bidang pelancongan.

Majlis Pelancongan Malaysia yang telah sekian lama berjuang menyemarakkan sektor pelancongan dan berganding bahu dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya amat prihatin terhadap perkembangan semasa industri pelancongan negara khususnya buat penggiat serta  pengusaha industri pelancingan. 

Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang dari awal bagi memperkasakan sektor pelancongan negara, namun segala perancangan tersebut tidak dapat laksanakan disebabkan serangan pandemik Covid 19 yang melanda dunia. m

Walau bagaimanapun, Majlis Pelancongan Malaysia dan MOTAC sentiasa mencari pelbagai solusi yang terbaik bagi memastikan sektor pelancongan ini terus relevan antaranya seperti mengadakan program-program secara virtual, online atau webinar demi membantu penggiat industri pelancongan yang amat terkesan akibat pendemik ini.

Merujuk kepada insiden pelancong Covid 19 di Kedah yang pulang dari Genting Highland tersebut, faktor pematuhan SOP dalam kalangan peserta/ pelancong yang mengikuti pakej tersebut harus diberi perhatian serius.  Sememangnya SOP adalah penyelamat semua dari di jangkiti Covid-19. Malahan adalah menjadi satu kesalahan sesiapa yang tidak mematuhinya. Barangkali ada dalam kalangan peserta yang alpa sehingga tidak mengamalkan SOP pada diri sendiri seperti memakai pelitup muka dengan sempurna, menjaga jarak fizikal dan menjauhi tempat sempit tidak diamalkan ketika perjalanan tersebut.  Kemungkinan diantara sebab kejadian pelancong ke Genting Highland ini terkenan jangkitan ini oleh sebab ada diantara mereka yang telah tidak patuhi SOP.

Rumusannya tiada siapa perlu menunding jari kepada sesiapa. Lojik menunjukkan sesiapa yang terkena jangkitan penyakit ini kemungkinan besar ada bahagian SOP yang  tidak dengan di patuhi. Tiada sebarang sekatan perjalanan atau sahaja PKP,PKPB, PKPD dapat mencegah penyakit ini selagi kita sendiri tidak patuhi SOP. 

Kenyataan Media ini disediakan oleh :
Dato’ Noor Zaleha Baharuddin
Setiausaha Agong Kehormat  MTC


dan

Tuan Uzaidi Udanis
Presiden MTC 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *