Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MyBHA Minta Pengusaha Penginapan Jangka Pendek Dikawal Selia Bagi Menjamin Kepentingan Pengguna

2 min read

KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu menggubal segera peraturan serta mengambil tindakan sewajarya kepada pengendali penginapan jangka pendek atas talian yang telah menjejaskan nama baik industri pelancongan negara.

Menurut Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel. terdapat aduan mengenai perkhidmatan itu, daripada tempahan bilik hingga pakej pelancongan, yang disediakan oleh agensi pelancongan dalam talian.

“Jangan lengah mengawal selia penginapan jangka pendek apabila terdapat banyak aduan mengenai kualiti perkhidmatan mengenainya. Ini akan mengakibatkan tanggapan negatif terhadap standard penginapan negara dan menjejaskan imej industri pelancongan kita,” katanya.

Ia adalah susulan selepas berita dan siaran media sosial mengenai sebuah keluarga warga Singapura, yang dua kali diberikan bilik kotor selepas mendaftar masuk di sebuah apartmen di Genting Highlands baru-baru ini.

“Pelancong dari Singapura telah menceritakan pengalaman pahit mereka ketika mereka bercuti di Malaysia. Ini akan memberikan imej buruk kepada industri pelancongan dan penginapan. Ia tidak berlaku di mana-mana hotel berlesen. Kami berpendapat isu sebegini tidak sepatutnya berlaku sama sekali.”

Dr Sri Ganesh Michiel berkata pilihan terbaik untuk mengelakkan perkhidmatan yang buruk adalah dengan mengawal selia penyewaan jangka pendek dan perkhidmatan pelancongan dalam talian untuk memastikan ia memenuhi janji mereka kepada pengguna

Tambahnya lagi pilihan terbaik untuk mengelakkan perkhidmatan yang buruk adalah dengan mengawal selia penyewaan jangka pendek dan perkhidmatan pelancongan dalam talian untuk memastikan ia memenuhi janji mereka kepada pengguna.

Beliau berkata MyBHA telah menyeru semua pihak untuk mengambil serius usaha menggiatkan semula industri dengan memastikan perkhidmatan berkualiti dan harga yang kompetitif.

“Tiada gunanya mengalu-alukan pelancong apabila mereka berdepan dengan perkhidmatan yang kurang baik dan caj yang tinggi.

“Pilihan terbaik ialah mengawal pengusaha penginapan jangka pendek dalam talian untuk memastikan ia memenuhi janji mereka kepada pengguna.”

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *