December 5, 2022

Santai Travel Channel

MTHQA 2022 Jadi Tumpuan Pelancong

1 min read

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Tourism Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mempromosikan negara ini sebagai destinasi pelancongan pilihan melalui penjualan pakej percutian untuk menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444 hijrah, bersamaan 2022 Masehi.
Pakej percutian 3H2M dan juga 2H1M yang dipromosikan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) secara langsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula dari 19 hingga 24 Oktober 2022.
Selain diberikan tempat duduk khas sepanjang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran, pakej-pakej tersebut turut menawarkan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran yang juga merupakan kompleks percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia. Selain itu, mereka
juga dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur termasuk membeli-
belah.
Sejumlah 1,500 pakej telah terjual hasil kerjasama tujuh ejen pelancongan Singapura dengan Pejabat Tourism Malaysia Singapura yang menyasarkan permintaan dari negara ASEAN.
Antara agensi pelancongan yang mempromosikan pakej tersebut ialah Nur hikmah Travel & Tours Pte. Ltd., Hamidah Travel & Tours Pte. Ltd., Zuma Travel & Services Pte. Ltd., dan juga Smiling Travel Singapore Pte. Ltd.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, jalinan kerjasama antara JAKIM dan Tourism Malaysia adalah penting dalam membantu merancakkan semula pemulihan sektor pelancongan di Malaysia.
“Promosi pakej ini juga diharap memenuhi permintaan pelancong antarabangsa untuk
hadir menyaksikan majlis ini secara langsung sekali gus menarik lebih ramai ketibaan pelancong khususnya dari negara-negara ASEAN,” kata Dato’ Hj. Zainuddin.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.