Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Asia’s Kids Star Persembahkan Seni Budaya Malaysia di China

2 min read

“Asia’s Kids Star” memainkan peranan penting dalam menjadi jambatan kebudayaan bagi menyahut inisiatif “Satu Jalur Satu Jalan” (One Belt and One Road) yang merupakan hasil usaha sama antara China dan Malaysia, ia juga merupakan Pertandingan Rasmi Pertukaran Budaya Antara China Dan Malaysia sempena Ulang Tahun Hubungan Dialog China-ASEAN ke-31 dan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik China-Malaysia ke-48. Acara “Asia’s Kids Star” diwujudkan atas kerjasama syarikat Malaysia, NQ Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan syarikat China, Dou Kou International Media Co., Ltd, yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Penganjur Antarabangsa “Asia’s Kids Star” dan Persekutuan Seni Belia Antarabangsa Kanada CIYA bagi menyediakan platform pertukaran seni dan budaya antarabangsa untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 16 tahun di Asia dan di seluruh dunia! Walaupun berbeza warna kulit, berbeza bahasa, dan berbeza bangsa, kanak-kanak tetap memupuk semangat yang sama demi mengejar impian dan mencapai cita-cita mereka. Acara ini juga mendapat sokongan daripada jabatan kerajaan dan persatuan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pengusaha Kecil Dan Sederhana Malaysia, dan lain-lain, serta sokongan dan penganjuran bersama daripada Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Malaysia.
Acara “Asia’s Kids Star” turut mendapat sokongan khas dan penganjuran bersama daripada Saluran Pelajar Sekolah Menengah Xinying milikan Televisyen Pusat China (CCTV) dan aplikasi mudah alih Yangshipin, dengan buat kali pertama merakam sebuah pertunjukan bertajuk Majlis Persembahan TV Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Antarabangsa “Asia’s Kids Star” 2022 pada 16 Julai 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia. Pertunjukan tersebut telah disiarkan di Saluran Pelajar Sekolah Menengah Xinying milikan Televisyen Pusat China (CCTV) dan aplikasi mudah alih Yangshipin sempena Hari Kebangsaan China yang bermula dari 7 Oktober 2022, dan telah mendapat liputan meluas daripada ratusan media China.
Persembahan seni dan budaya tersebut dipersembahkan oleh kanak-kanak dari pelbagai kaum di Malaysia, serta kanak-kanak dari Singapura, terutamanya 2 tarian tradisional Melayu yang ditampilkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Melalui penyiaran pertunjukan ini di China, penonton dari seluruh China dan dunia dapat menghayati ciri-ciri dan keindahan tarian tradisional Melayu, lebih ramai orang China akan dapat mengenali kemegahan seni dan budaya Malaysia yang pelbagai dan berbilang kaum, akhirnya menimbulkan keinginan mereka untuk melancong ke Malaysia. Semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan khas oleh pasukan program Televisyen Pusat China (CCTV).

“Asia’s Kids Star” bukan sahaja dapat membolehkan kanak-kanak membina diri dan menunjukkan keyakinan mereka, tetapi juga menampilkan sebagai satu pentas antarabangsa yang merealisasikan impian mereka ! Asia’s Kids Star, mencerahkan masa depan anda!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *