Tue. May 7th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MOTAC Mula Bertindak Banteras Aktiviti Jual Pakej Pelancongan Haram

2 min read

27 Jun 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah melaksanakan penguatkuasaan ke atas pengusahaan pelancongan dan premis penginapan pelancongan mulai 23 hingga 25 Jun 2023.
Penguatkuasaan ini dilaksanakan hasil daripada pemantauan MOTAC yang mendapati premis penginapan/individu/syarikat didapati telah menjual pakej pelancongan tanpa mendapatkan lesen daripada MOTAC terlebih dahulu yang mana menyalahi Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang hanya membenarkan agensi pelancongan berlesen sahaja yang boleh menawarkan pakej pelancongan. Mana-mana syarikat atau individu termasuk PPP yang menjual pakej pelancongan hendaklah memohon lesen pengusahaan pelancongan mengikut Akta 482 melalui sistem Tourlist (www.tourlist.gov.my).
Sebanyak 85 premis pengusahaan pelancongan dan premis penginapan (hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, dll) telah diperiksa. Sebanyak tiga (3) notis
pemeriksaan telah dikeluarkan kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 5(2), Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482] iaitu tiada seorang pun boleh menjalankan, atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai
menjalankan atau mengendalikan perniagaan pengendalian pelancongan; atau perniagaan agensi pelancongan melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan di bawah Bahagian
ini.
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00) atau pemenjaraan selama
tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua- duanya. Bagi kesalahan berterusan, sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM5,000.00) bagi setiap hari kesalahan.
Selain penguatkuasaan yang dijalankan, MOTAC turut mengambil inisiatif untuk menjalankan advokasi supaya Premis Penginapan Pelancong (PPP) memohon
pendaftaran PPP selari dengan Seksyen 31A, Akta 482 iaitu memperuntukkan mana-mana yang menjalankan atau mengendalikan premis penginapan hendaklah memohon kepada Pesuruhjaya untuk pendaftaran PPP.
Rakyat Malaysia Madani disarankan untuk membeli pakej pelancongan dengan pengusahaan pelancongan berlesen dan menempah premis penginapan pelancongan yang didaftarkan MOTAC bagi mengelakkan scam/penipuan dan menikmati pelepasan
cukai pendapatan individu. Semakan boleh dibuat di laman sesawang rasmi MOTAC
https://motac.gov.my/semakan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *