Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MITDA & WOWI HR-Malaysia Perkenal Sistem Pengurusan Tenaga Kerja Asing Sektor Pelancongan

2 min read

KUALA LUMPUR : Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor pelancongan Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) dan WOWI HR-Malaysia telah bekerjasama bagi melancarkan sistem pengambilan pekerja secara lebih bersistematik.

Menurut  Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MITDA, Sektor pelancongan memerlukan di antara 15,000 hingga 20,000 orang pekerja.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengambil seberapa ramai termasuk pengambilan pekerja-pekerja asing untuk mengisi keperluan dalam semua sektor pelancongan khususnya perhotelan. Jalinan kerjasama MITDA dan WOWI HR-Malaysia ini merupakan satu inisiatif yang kami jalankan dalam usaha memastikan mutu perkhidmatan sektor pelancongan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja dalam sektor ini,” kata Dato Noorzaleha.

Menerusi MOU yang di meterai baru-baru ini bersama WOWI HR-MALAYSIA yang mempunyai luas pengalaman di peringkat antarabangsa akan sama-sama membantu bagi mempermudahan proses permohonan.

Sistem yang diperkenalkan tersebut mengikut panduan Kementerian Sumber Manusia dan kolaborasi dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), SOCSO, PERKESO serta Human Resourses Development(HRD) bagi meng implimentasikan sistem digital pengambilan tenaga kerja khas nya bagi sektor pelancogan.

Sehubungan itu MiTDA berusaha mengerakkan inisiatif segera pemulihan  sektor pelancongan serta bantuan teknikal bagi memacu semula sektor pelancongan yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Sementara itu menurut Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor, CEO MITDA,    sektor pelancongan memerlukan di antara 15,000 hingga 20,000 orang pekerja. 

“Usaha sedang dijalankan bagi mengambil seberapa ramai termasuk pengambilan pekerja-pekerja asing untuk mengisi keperluan dalam semua sektor pelancongan khususnya perhotelan. Sistem digital pengambilan tenaga kerja kami ini , dapat mengatasi masalah tersebut. Terlebih dahulu, ianya akan memberi manafaat kepada rakyat Malaysia bagi mengisikan jawatan kosong yang di perlukan, di samping memilih secara teliti pekerja asing bagi menampung keperluan yang terdesak oleh pengusaha dalam semua sektor pelancongan, “ jelas Kapten Mahadzir.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *