Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

1 min read

 

KUALA LUMPUR:  YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuatkuasa pada 12 April 2023. Beliau menggantikan YBhg. Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023.

Menurut kenyataan media Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, Dato’ Dr. Ammar telah berkhidmat di Tourism Malaysia sejak 23 Jun 1988 atau selama 35 tahun. Beliau berpengalaman luas dalam sektor pelancongan negara dan jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika/Eropah/Oceania).

Pengalaman dan kredibiliti serta berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pengurusan Hotel dan Pelancongan beliau, diyakini bukan sahaja dapat memperkuatkan dan modenisasi Tourism Malaysia mempromosikan pelancongan Malaysia, malahan juga dapat memperkasakan lagi sektor pelancongan tempatan.

Banyak negara sudah membuka semula sempadan, MOTAC percaya beliau juga
berupaya mengambil peluang ini memimpin Tourism Malaysia menarik lebih ramai pelancong melancong di Malaysia dan mengetuai misi menjayakan Tahun Melawat
Malaysia 2025.

Menteri MOTAC, YB Dato’ Sri Tiong King Sing dan Seluruh warga MOTAC mengucapkan tahniah atas pelantikan ini. Pada masa yang sama, Kementerian merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Zainuddin atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau.

Screen Shot 2023-04-13 at 5.56.46 PM.png

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *