Tue. Jun 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Misi Jualan Ke Indonesia Berjaya Buka Potensi Baru Pelancongan Malaysia

2 min read

JAKARTA : Tourism Malaysia hari ini melancarkan misi jualan ke Indonesia secara rasmi dengan menjelajah ke tiga bandar utama iaitu Jakarta, Medan dan Balikpapan bagi meningkatkan promosi produk dan pakej pelancongan terkini dengan mempertemukan pemain industri pelancongan Malaysia dan Indonesia dalam sesi perniagaan ke perniagaan (B2B).

Bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2023, Tourism Malaysia akan memulakan misi jualan dengan kerjasama Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), dan turut disertai Sarawak Tourism Board, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Sepang International Circuit (SIC), wakil syarikat Malaysia My Second Home (MM2H), Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia, 15 syarikat pelancongan, 3 pengusaha produk, 6 pengusaha hotel serta syarikat penerbangan Batik Air.

Misi jualan ke Jakarta menyaksikan pelancaran Kempen MotoGP Sepang menerusi penjualan pakej pelancongan bagi menonton aksi sukan pemotoran tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hasil kolaborasi Tourism Malaysia bersama ejen TX Travel. Penjualan pakej tersebut juga boleh didapati di kesemua cawangan kedai serbaneka Indomaret termasuk secara dalam talian menerusi portal Blibli.com .

Harga pakej MotoGP Sepang yang ditawarkan bermula RM1,717 (IDR5,900,000) untuk tempoh perjalanan selama dua hari satu malam (2H1M) atau RM2,328 (IDR7,200,000) untuk 4H3M. Tahun lalu, TX Travel yang merupakan rakan kerjasama Tourism Malaysia sejak 2018, berjaya menjual 1,500 pakej pelancongan sukan permotoran tersebut kepada peminat Indonesia.

Selain sesi B2B, pengisian misi jualan ke Indonesia antara lain melibatkan penganjuran program networking termasuk majlis makan malam yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat dari wakil pemerintah dan persatuan pelancongan Indonesia seperti Asiosasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asiosasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA) serta Asiosasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI).

Misi jualan pelancongan ke Indonesia bermula di Balikpapan sebelum delegasi Malaysia bertolak ke Jakarta dan disusuli dengan pertemuan bersama penggiat industri di Medan.

Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia menyifatkan misi jualan tersebut amat signifikan dan menyatakan bahawa Indonesia kekal sebagai salah sebuah pasaran yang penting untuk sektor pelancongan di Malaysia, justeru

mengharapkan kemudahsampaian dan kapasiti penerbangan antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan.

“Pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan ketibaan sebanyak 1.481 juta pelancong dari Indonesia dan angka tersebut merupakan yang kedua tertinggi selepas Singapura. Kedudukan ini dilihat terus konsisten dengan ketibaan 704,147 pelancong Indonesia yang direkodkan pada suku pertama tahun ini,” katanya.

#MalaysiaTrulyAsia#InilahMasanya#CutiCutiMalaysia#Indonesia#misijualan#kempenmotogp

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *