Fri. Apr 12th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MFMPA 2023: Pengiktirafan Buat Penggiat Industri Fesyen

1 min read

KUALA LUMPUR – Lebih 60 anugerah kepada pemenang telah menyumbang kepada industri pereka fesyen dan model tempatan, media, pengurusan acara, mekap, dandanan rambut dan banyak lagi dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di MATIC Kuala Lumpur.

Menurut Dr Jason Hee, anugerah tersebut yang sudah kali ke 4 diadakan itu menjadi satu platform untuk menghargai kecemerlang penggiat fesyen dan model tempatan.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan terima kasih diatas Kerjasama seta sokongan daripada pihak Tourism Malaysia, Finas dan semua penaja yang terlibat dalam menjayakan program ini.” kata Jason.

Tambahnya lagi, selain menjadi satu acara tahunan bagi menghargai penggiat industri berkaitan, majlis tersebut juga berjaya menjadi tempat bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Pada majlis itu juga pihak media turut diberikan penghormatan apabila beberapa agensi media dan individu seperti MalaysiaGazette, Awani; Bernama; Batik Air; Utusan; Radio Televisyen Malaysia (RTM); Pioneer travel Writer, Datuk Azlie Halim dan Positive Energy Advocate, Datuk Joyce Ye Shimin telah dinobatkan sebagai pemenang.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *