Mon. May 6th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MDCC Inovasi Baharu Pikat Pelancong Menerusi Seni & Budaya

3 min read

KUALA LUMPUR : Malaysia bakal mempunyai daya tarikan yang baharu dalam sektor pelancongan negara apabila Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) – Truly Dine & Culture diperkenalkan kepada semua. MDCC diramalkan akan menjadi tumpuan pelancong luar negara dan dalam negara kerana pelancong dapat melihat & menyertai pelbagai persembahan kebudayaan kaum di Malaysia dan merasai keenakan masakan tradisional yang disediakan.

Menurut Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia , tatkala industri pelancongan negara kini begitu dahagakan produk pelancongan baru yang mampu menarik kunjungan pelancong, kelahiran MDCC tepat pada mazanza.
” Saya percaya MDCC mampu memberi nilai tambah kepada imej pelancongan negara. Inisiatif yang dilaksanakan ini iaitu Malaysia Datum Cultural Centre , kita dapat mengoptimumkan lagi perkhidmatan  pelancongan di negara ini sekali gus memperkasakan lagi sektor pelancongan,” kata Mohd Roslan ketika berucap merasmikan MDCC di Datum Jelatek Kuala Lumpur.

Beliau turut berharap agar penggiat industri  pelancongan perlu lebih proaktif dan agresif dalam mempromosi acara atau produk pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara  ini. 

“Pengusaha produk pelancongan tidak harus leka dengan limpahan pelancong yang datang ke negara ini kerana situasi ini pasti akan berubah sekiranya kita gagal menyediakan perkhidmatan yang baik kepada tetamu kita. Justeru saya berharap semua penggiat pelancongan harus segera  menambah nilai mutu perkhidmatan serta pakej pelancongan yang disediakan agar ia lebih menarik, komprehensif dan kompetitif, ” jelasnya lagi.

MDCC  yang diusahakan dengan kerjasama Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), Santai Travel menawarkan dua pakej yang boleh ditempah iaitu “ PAKEJ MDCC LUNCH & PAKEJ MDCC DINNER “. Pelancong akan merasai sendiri kebudayaan etnik yang ada di Malaysia seperti Majlis Perkahwinan, Tarian dan juga Makanan Tradisional. Temu Jelatek menjadi tempat bagi MDCC ini. Kemudahan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus ke MDCC akan memudahkan pelancong dan tempat parkir bas-bas persiaran yang luas adalah fasiliti asas yang disediakan

Tengku Khairil Azwan, Pegawai Pemantau Operasi DCI berkata, “ M D C C diharapkan boleh menjadi produk baharu pelancongan Malaysia, pastinya sesuatu yang membanggakan kepada semua pihak pengurusan PKNS. Namun, ianya bukanlah perkara mudah bagi mendepani cabaran dimasa depan. Banyak perkara yang perlu dipelajari, diusahakan dan digembeleng dari segi tenaga dan wang ringgit untuk memastikan M D C C menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara “

Produk baharu pelancongan yang memartabatkan kebudayaan dan tradisi di Malaysia ini adalah sebuah usaha dari DatumCorp International Sdn Bhd (DCI). DCI merupakan anak syarikat penuh Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah membangunkan projek DATUM JELATEK, merangkumi pembangunan perumahan mewah, Datum Jelatek Residence dan Pusat Beli Belah Datum Jelatek Shopping Centre.

Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International, Ketua-Ketua Pegawai Anak Syarikat PKNS, wakil dari Tourism Selangor , MITDA , Santai Travel, Agensi Pelancongan serta persatuan-persatuan perhotelan turut hadir bersama dalam majlis ini. Sebuah kerjsama kolaborasi (MoC) telah dimeterai bersama Rakan Strategik MDCC iaitu sebuah syarikat pengurusan hotel, Swing & Pillows. Hampir 100 syarikat Agensi Pelancongan yang hadir dan bakal menjadi rakan strategik bagi projek MDCC.

Manakala Ketua Pengarah Projek MDCC, Puan Hajjah Suzana Zakaria menyatakan MDCC ibarat “bayi yang baru lahir” yang memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam sektor pelancongan negara seperti Agensi Pelancongan, Perhotelan, Persatuan dan semua industri yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam merancakkan ekonomi pelancongan.

Bagi agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama dan mengetahui lebih lanjut berkenaan MDCC, boleh hubungi MDCC Hotline – 011 6135 9662

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *