Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Masa Untuk Melawat Hawaii

2 min read

Hawaii ibarat kepulauan oasis di tengah samudera laut lepas. Orang-orang menyebutnya in the middle of nowhere. Jarak antara Hawaii dengan negara induknya, Amerika Syarikat, lebih kurang 3,8 ribu kilometer. Rasanya Hawaii tidak perlu diperkenalkan lagi. Siri-siri televisyen seperti Hawaii Five O dan Magnum PI banyak menceritakan sendiri keunikan pulau peranginan ini. Baru-baru ini, Hawaii Tourism South East Asia telah mengadakan ‘roadshow’ di Kuala Lumpur. Bertempat di Pavilion Hotel Kuala Lumpur, Pengarah Kawasan Hawaii Tourism South East Asia, Encik Kelvin Ong telah berkongsi fakta-fakta menarik tentang Hawaii dan mengapa rakyat Malaysia harus bercuti ke sana. Turut hadir semasa majlis ini adalah Pengurus Kawasan Philippine Airlines di Malaysia, Cik Gene Pauline serta pemegang amanah yang terbang terus dari Hawaii ke Kuala Lumpur seperti Maui Visitor Bureau, Battleship Missouri, Marriot Hawaii Resort, Kualao Ranch, Waikiki Trolley, Dragon Tours, Pan Pacific Enterprises Group dan Regency Travel & Tours.

Info Menarik Tentang Hawaii
 Negeri Hawaii (sebut Ha-wa-ee) ialah salah satu dari 50 negeri USA, dan bukan salah satu dari wilayah USA lain seperti Guam atau Puerto Rico. Honolulu ialah ibu negeri semua kepulauan Hawai’i.
 Pulau-pulau utama adalah Kauai, Oahu, Molokai, Lanai, Maui dan Hawaii.
 Anda memerlukan visa untuk ke Hawaii. Jenis visa yang dipohon ialah visa B(B1/B2)untuk pelancong/ahli perniagaan.
 Permohonan visa hendaklah dilakukan atas talian di sini http://ustraveldocs.com/my dan jika ini pertama kali anda memohon, sila pilih YES. Di sini segala maklumat boleh didapati. Sila baca dengan teliti. Gambar untuk visa ialah latar belakang putih, dan cermin mata wajib dibuka.

Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping gambar.
 Bunga rasmi Hawaii adalah Bunga Raya Kuning
 Hawaii tidak ada empat musim, sama cuaca seperti di Malaysia, cuma ada musim panas dan musim hujan. Musim hujan di Hawaii biasanya pada hujung tahun.
 Kedai runcit utama di Hawaii ialah ABC, kiranya macam 7E di Malaysia. Di sini macam-macam boleh dibeli termasuk souvenir, poskad, dan setem dan biasanya sedikit murah dari kedai cenderahati lain.
 Selain daripada AirAsiaX, anda boleh menggunakan syarikat penerbangan Philippine Airlines yang terbang terus dari Kuala Lumpur ke Honolulu.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *