Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MALAYSIA TOURISM INDUSTRY AWARD IKTIRAF PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN

1 min read



Kuala Lumpur. Anugerah yang buat julung kali diadakan ini bakal mempertaruhkan lebih 60 anugerah akan disampaikan kepada penggiat industri pada majlis tersebut atas kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan negara.
Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada individu dan organisasi yang sumbangan cemerlang mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan industri pelancongan Malaysia. Majis Anugerah Industri Pelancongan ini
dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel. Sementara rakan strategik Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur merupakan hotel rasmi bagi penganjuran majlis ini.
Menurut Dato’ Dr. Hj Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan
Malaysia(MATA), Anugerah Industri Pelancongan adalah anugerah kemuncak industri pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industri Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua yang telah
menyumbang ke arah kelangsungan industri pelancongan kita. Marilah kita bersama-sama meraikan dan menghargai mereka yang telah menyumbang ke arah perkhidmatan berkualiti dan pertumbuhan berterusan untuk industri pelancongan negara kita khususnya ketika negara dilanda pendemik Covid 19. Anugerah ini juga adalah penanda aras untuk menuju kecemerlangan industri pelancongan kita,” kata Dato’ Dr Mohd Khalid Harun.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *