Sun. May 5th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kualiti Perkhidmatan Pelancongan Negara Unggul Di Peringkat Antarabangsa

1 min read

Standard Pelancongan ASEAN merupakan suatu standard minimum bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam industri pelancongan serantau, selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah destinasi yang unggul di peringkat antarabangsa. Ia perlu dijadikan piawaian serta panduan kepada semua negara anggota ASEAN dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Tahun 2023-2025 di Sama-Sama Hotel, KLIA.

Pada majlis ini, seramai 30 penerima telah menerima Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi tempoh 2023-2025 bagi empat (4) kategori standard iaitu:

(i) ASEAN Homestay Standard

(ii) ASEAN Community Based Tourism Standard

(iii) ASEAN Public Toilet Standard

(iv) ASEAN Spa Services Standard

MOTAC mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan (2023-2025) dalam usaha memberi pengiktirafan kepada penggiat industri pelancongan sebagai tanda terima kasih dan menghargai usaha yang berterusan daripada penggiat pelancongan kepada negara dalam menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti.

Turut hadir di majlis ini, YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBrs. Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC serta barisan Pengurusan Tertinggi MOTAC.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *