Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KLTM 2022 Jadi Tumpuan Utama Perdagangan Pelancongan Selepas Pandemik

2 min read

KUALA LUMPUR : Selepas kejayaan KLTM2018, KLTM2019 dan KLTM2020, Kuala Lumpur Travel Mart ke-4 (KLTM2022) kembali lagi dengan semangat baru selepas sektor pelancongan lumpuh akibat pandemik Covid-19. Acara yang dianjurkan oleh WSF Travel Sdn Bhd dengan kerjasama Penasatria Event Sdn Bhd di bawah The WorldTEX Virtual 2022 ini telah diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dihadiri 6 orang duta dan pesuruhjaya tinggi dari negara Sri Lanka, Mesir, Maldives, Kyrgyzstan, Argentina, Croatia dan Palestin.

KLTM 2022 & WorldTEX merupakan acara Business To Business (B2B) terbesar di Malaysia dengan 160 penjual untuk fizikal dan maya dari 34 negara sekali gus memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk dan pakej terkini pemain pelancongan dari Malaysia dan seluruh dunia.

Sejumlah lebih 500 ejen pelancongan dari Malaysia dan Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Filipina dan Vietnam menghadiri acara ini sebagai pembeli perdagangan pelancongan.

Baru-baru ini, Malaysia membuat pengumuman untuk membuka sempadannya, akhirnya kini masa terbaik untuk Industri Pelancongan bangkit semula dan mempunyai persefahaman yang lebih baik sambil mempromosikan produk baharu.

Menurut Wan Shairi Wan Ahmad, Penganjur KLTM2022, acara ini berjaya mendapat sokongan padu daripada NGO, Syarikat korporat dar dalam dan luar negara.

“Saya amat berterima kasih kepada rakan kongsi tempatan dan antarabangsa seperti Tourism Melaka, Tourism Authority of Thailand, Uzaidi Udanis dari Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim dari Santai Travel Magazine, Dato’ Emmy Suraya dari MyBHA, Asal Nature Sdn Bhd dan Asean Travel Arab Saudi. Bukan itu sahaja, dua persatuan pelancongan terbesar di Indonesia, ASITA dan ASSPI malah telah menganjurkan fam trip ke Malaysia untuk ejen pelancongan dari Indonesia khas untuk acara ini. Misi terbesar acara ini adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai hab utama pelancongan dan MICE di Asean atau window to Asean,” katanya.

Berdasarkan data sebelum ini, pada 2018 terdapat 25.83 juta pelancong yang datang ke Malaysia. Kemudian pada 2019 terdapat 26.10 juta dan diikuti hanya 4.33 juta pada 2020 dengan Kuala Lumpur sebagai hab utama ke Malaysia.

Dengan populasi kira-kira 2 juta dan termasuk 8.4 juta penduduk metro Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan adalah hab pelancongan terbesar di Malaysia. Sejak merdeka, ia telah menerima ketibaan pelancong terbesar, domestik dan antarabangsa.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *