Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KEARAH PENDIGITALAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

2 min read

Majils Pelancongan Malaysia Jalin Kerjasama Bersama Trainex Sdn Bhd

KUALA LUMPUR : Sejak pendemik Covid 19 melanda dunia, sektor pelancongan adalah antara sektor yang paling awal dan teruk terjejas. Lebih membimbangkan jumlah kes baru Covid 19 yang semakin meningkat kebelakangan ini membayangkan industri pelancongan semakin parah dan menanti masa untuk rebah.

Situasi yang berlaku ketika ini  jelas mendesak setiap pihak kerajaan khusunya pemimpin negara  melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sektor pelancongan ini secara bijaksana sekali gus memberi harapan baru kepada segenap penggiat industri pelancongan.

Sehubungan itu, Majlis Pelancongan Malaysia menjalinkan kerjasama strategik bersama Trainex Sdn Berhad, sebuah syarikat tempatan yang  pakar dalam bidang teknologi digital bagi menjalankan inisiatif menguruskan program pendigitalan industri pelancongan secara lebih bersepadu sekali gus memberikan impak yang positif kearah sektor pelancongan negara.

Menurut Dato’ Rosmadi Ghazali, Pengarah Urusan  Trainex Sdn Bhd, menerusi program yang akan menggunakan format diatas talian  bakal melibatkan setiap sektor atau bidang pelancongan khususnya agensi  pelancongan, perhotelan,pengangkutan pelancongan, Homestay, Kapal persiaran,Adventure, Seni Budaya, Kraftangan, MICE dan lain lain lagi.

“Selain mengguna kaedah terkini dalam bidang teknologi AI, Augmented Reality, IoT, Data Analytic, Big Data dan banyak lagi, program strategik ini akan dilaksanakan secara mesra pengguna khususnya bagi semua golongan yang tinggal di kawasan kampung atau homestay untuk mempraktikkannya.,” kata Dato’ Rosmadi Ghazali. 

Apa yang pasti usaha ini adalah satu anjakan paradigma baru dalam pengurusan pelancongan sekaligus mempercepatkan lagi proses transformasi pembangunan pelancongan digital negara.  

Sementara itu menurut Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia bagi memastikan sektor pelancongan terus relevan dalam menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara, beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan soal keselamatan dan pandemik Covid 19 tetap terkawal.

“Untuk peringkat permulaan, Majlis Pelancongan Malaysia sentiasa proaktif dalam mencari pendekatan yang terbaik bagi memastikan nasib pengusaha atau penggiat industri pelancongan terus terbela dan sektor pelanconga ini terus relevan. Justeru dengan adanya jalinan kerjasama ini adalah diharapkan semua penggiat industri pelancongan akan mendapat manfaat daripadanya,” jelas Uzaidi Udanis.

Link Video Majlis Perasmian Pendigitalan Industri Pelancogan : https://fb.watch/5MkdXKCzSM/

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *