Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

“KAYUHAN BARAKAH SANTUNI ASNAF ” SEMPENA BULAN MERDEKA 2020

1 min read

KUALA LUMPUR : seramai 250 orang melibatkan jemaah dan anak kariah sekitar Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa Kuala Lumpur telah meraikan bulan Kemerdekaan 2020 dengan mengadakan program Kayuhan Barakah Santuni Asnah”. 

Program Kayuhan Berbasikal ini telah dianjurkan oleh empat buah Masjid iaitu Masjid Al Akram Dato Keramat, Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju dan Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Sri Rampai Setapak Kuala Lumpur.

Menerusi prgram ini peserta akan mengayuh basikal secara santai sejauh lebih kurang 15.2 km , disamping menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf di kariah masjid-masjid terlibat (berjumlah 80 orang asnaf).

Matlamat penganjuran “Kayuhan Barakah Santuni Asnaf ” ini adalah untuk mempromosikan aktiviti di Ambang Merdeka yang dianjurkan oleh masjid serta mengajak masyarakat untuk datang ke masjid dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung program ini juga dapat merapatkan hubungan komuniti dan meredakan tekanan(stress) yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *