Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

JUALAN MEGA MALAYSIA KEMBALI LAGI

2 min read


KUALA LUMPUR : Karnival Jualan Mega Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena dalam memikat kunjungan pelancongan ke negara ini kini bakal diadakan lagi. Karnival ini diadakan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama sekaligus merancakkan lagi pelbagai sektor ekonomi negara yang melibatkan penginapan, gastronomi dan aktiviti pelancongan.
Jualan Mega Malaysia 2024 akan bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai 2024 melibatkan peruncitan dan pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia dengan potongan harga sehingga 85 peratus. Program ini disasarkan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa seterusnya memberikan nilai tambahan apabila melancong ke Malaysia.
Kempen ini mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak termasuk pengusaha pusat membeli-belah, persatuan hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, KTMB dan para penggiat industri pelancongan tempatan. Kerjasama ini akan memastikan pelancong menikmati pengalaman berbelanja secara menyeluruh dan berharga ketika di Malaysia selaras dengan slogan kempen jualan nasional iaitu “MY Priceless Experience”. Inisiatif ini juga dijangka akan memberikan impak yang signifikan dengan sasaran pendapatan pelancongan bagi 2024 sebanyak RM102.7 bilion.
Majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur ini dirasmikan
oleh YB Tuan Khairul Firdaus, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan turut
dihadiri oleh Encik Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.
YB Khairul Firdaus memaklumkan bahawa untuk tahun 2024, kempen jualan
nasional diadakan dua (2) kali iaitu Jualan Mega Malaysia (15 Jun hingga 31 Julai) dan
Jualan Akhir Tahun (15 November hingga 31 Disember). Manakala untuk tahun 2025
dan 2026, kempen jualan nasional ini akan diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun
pada tarikh-tarikh berikut;

  • Jualan Malaysia Super Sale : 1 hingga 31 Mac
  • Jualan Mega Malaysia:15 Jun hingga 31 Julai
  • Jualan Akhir Tahun: 15 November hingga 31 Disember
    Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan
    mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *