December 5, 2022

Santai Travel Channel

Jom Sertai 3rd World Islamic Tourism Conference 2022

1 min read

Bermula 17 Oktober hingga 19 Oktober 2022, Islamic Tourism Centre (ITC) akan menganjurkan 3rd World Islamic Tourism Conference 2022 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) dengan tema “Pelancongan Islam: Keseimbangan Inspirasi, Transformasi dan Solusi”.
Persidangan tiga hari tersebut bakal menampilkan sembilan sesi dan pameran pelancongan yang memfokuskan kepada ekosistem Pelancongan Islam dan bagaimana hala tuju pemulihan dan kemampanan sosioekonomi.

Antara Agenda Utama :

☀️ Majlis Perasmian pada 17 Oktober 2022 oleh YB Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri

☀️ Ucaptama khas oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, penasihat global perbankan dan kewangan Islam yang dihormati — ketahui pandangan beliau mengenai Pelancongan Islam dan kesannya terhadap ekonomi

☀️ Terokai 3 destinasi baharu Mesra Muslim yang akan datang di dunia — salah satunya ialah destinasi Mesra Muslim dengan nuansa tradisi Eropah , di mana makanan Halal mudah diperolehi!

☀️ Pelancaran laporan khas Pear Anderson — mengapa komunikasi dan pemasaran dalam talian adalah penting untuk menarik Pengembara Islam.

☀️ Pameran pelancongan — berhubung dengan kira-kira 80 perniagaan berkaitan pelancongan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka (Pameran Pelancongan adalah PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai — tiada pendaftaran diperlukan)

Butiran lanjut: www.witc.gov.my

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.