Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Jaminan Keselamatan & Tarikan Baharu Menanti Di Tokyo!

2 min read


Ramai yang sedia maklum bahawa tahun 2020 merupakan tahun penting buat Tokyo yang menjadi tuan rumah acara sukan Olimpik. Malangnya acara itu terpaksa ditangguhkan memandangkan penularan pendemik Covid-19 yang melanda dunia.  Bukan sahaja di Tokyo , malah hampir keseluruhan acara-acara besar dunia juga terpaksa dibatalkan. 

Walaupun, seluruh dunia tengah mengalami pandemik Covid-19, namun Tokyo masih berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelancong dengan memastikan bahawa keselamatan dan keseronokan pengalaman percutian di sini.

Banyak kemudahan, hotel, pengangkutan dan restoran di Tokyo sedang mengambil langkah-langkah untuk mencegah penularan virus dan menjangkiti orang lain. Apa yang pasti Tokyo bersedia menyambut pelancong dengan caranya yang tersendiri tanpa mengenepikan soal keselamatan dan kesihatan tetamunya. Apabila pintu sempadan dibuka dan pendemik Covid-19 berakhir nanti, Tokyo bersedia menyambut kunjungan anda dengan mesra.

Jom Ke Tokyo Tower !

Dalam masa yang sama Tokyo telah bersedia dengan produk pelancongan baharu mereka iaitu Tokyo Tower. Menara ini punyai keistimewaannya yang tersendiri. Dengan  kira-kira 600 anak tangga luar yang menjangkau ketinggian 150 meter, Menara Tokyo terserlah sebagai ikon bandaraya  Tokyo.

Sesungguhnya aktiviti berjalan kaki sambil mendaki tangga adalah satu aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Selain dapat bersenam dan menyihatkan badan, anda dapat menikmati pemandagan indah bandaraya Tokyo dalam perspektif  yang berbeza dan tentunya menyeronokkan.

Mendaki anak tangga kira-kira 12-13 minit tidak terasa lama dengan pelbagai aktiviti kuiz  yang disediakan oleh Noppon Brothers untuk anda. Jika anda berjaya mendaki anak tangga tersebut anda akan mendapat sijil rasmi daripada Noppon Brothers yang eksklusif dan tidak dijual.

Cabaran mendaki anak tangga ini ternyata berbaloi dan patut anda kunjungi dalam lawatan anda ke Tokyo nanti.

Disahkan sebagai kemudahan yang telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mencegah penyebaran COVID-19 Tokyo Tower telah diperakui sebagai kemudahan pelancongan yang telah memenuhi kriteria penilaian termasuk penggunaan amalan pencegahan terhadap “tiga Cs” di bawah sistem pensijilan pihak ketiga yang diawasi oleh ASOVIEW Inc. bekerjasama dengan pakar lain yang bertujuan untuk mengenal pasti kemudahan yang telah diambil bagi mencegah penyebaran COVID-19.

Lawat Tokyo Dengan Selamat

Semasa melawat ibu negara, periksa maklumat terkini mengenai COVID-19. Dengan membiasakan diri dengan amalam “normal baru” yang berperanan mengatasi virus, dan memeriksa maklumat mengenai penggunaan pengangkutan awam termasuk kereta api dan bas, anda dapat menikmati perjalanan anda dengan selamat dan tenang.

Tiba di Tokyo boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan dan membingungkan — terutamanya jika ini adalah kali pertama anda berkunjung. Untuk membantu anda bergerak ke metropolis dengan lancar, biasakan diri anda dengan maklumat asas berikut. Ketahui cara mengelilingi bandar dengan mudah menerusi panduan perjalanan dan kaedah termudah untuk menyambung ke internet. Dapatkan petua membeli-belah yang menjimatkan wang, apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan, apa yang perlu dibawa setiap musim, dan banyak lagi.

Sila periksa di sini sebelum mengunjungi Tokyo – Maklumat untuk melindungi diri anda dan orang lain.

https://www.gotokyo.org/en/plan/coronavirus-information/index.html

   ©TOKYO TOWER

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *