Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Jalur Gemilang Terpanjang Datum Jelatek Diiktiraf Malaysia Book of Records

2 min read

KUALA LUMPUR – Jalur Gemilang Sepanjang 147 kaki yang di pasang sempena bulan kemerdekaan di Sky Ring Bridge Datum Jelatek telah diiktiraf Malaysia Book of Records.
Menurut Mohd Azmil Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Datum Corporation Sdn. Bhd. inisiatif itu merupakan satu simbolik bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kegembiraan hari ini adalah idea dalam menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65, jadi dengan Sky Ring Bridge yang kita bina ini ia mampu dimanfaatkan dengan merentang Jalur Gemilang sebagai tanda kita bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Jalur Gemilang tersebut memakan masa lapan hari untuk disiapkan bermula 10 September hingga 17 September.

Menurutnya lagi pengiktirafan hari ini juga merupakan tanda penghargaan kepada pembeli unit kediaman tersebut yang menaruh kepercayaan kepada Datum Corp walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Pembinaan Sky Bridge memenuhi visi Datum Corp yang diberi kepercayaan melaksanakan projek ikonik itu. Datum Corp ditubuhkan sebagai memenuhi visi untuk mempunyai reka bentuk yang ikonik. Datum Corp yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan kondominium premium bermula pada harga RM750,000 dengan saiz 557 hingga 1,657 kaki persegi.

Pembinaan Datum Jelatek yang bermula 1 Ogos 2013 siap sepenuhnya pada 31 Mac lalu dengan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk akses ke Stesen LRT Jelatek melalui jejambat khas.

Di bahagian bawah kediaman terdapat sebuah pusat beli-belah, Datum Mall, setinggi tiga tingkat dengan 140 lot kedai yang akan dibuka secara rasmi pada 26 November ini.

Dilancarkan dengan empat menara, iaitu menara A (41 tingkat), Menara B (35 tingkat), Menara C (35 tingkat) dan Menara D (40 tingkat).

Fasa pertama menara kediaman telah terjual lebih 90 peratus, manakala baki dua menara lagi akan dibuka untuk jualan secara berperingkat.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *