Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Festival of Speed Gegarkan Sepang

2 min read

KUALA LUMPUR : Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit pada 3 Disember 2022 ini bakal menyemarakkan lagi sukan permotoran negara sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan baru negara.

Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia, Utama Motors dan SIC itu merupakan pameran dan platform untuk pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor.

Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 ribu orang pengunjung.
“ Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed & Motosikal Kuasa, yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Selain pertunjukan kereta esoktik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minati di festival ini daripada pengedar-pengedar kenderaan yang menyertai acara ini dengan harga yang cukup istimewa, “ kata Dato’ Noorzaleha.

Selain itu acara pemanduan di litar lumba Sepang juga akan turut diadakan dengan kerjasama Sepang International Circuit. Menerusi Sesi pandu uji di litar lumba pengunjung boleh menghayati pengalaman menarik sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan yang disediakan.

Selain itu terdapat juga beberapa acara sampingan seperti e-Sport car game, Bungee Jump dan banyak lagi permainan lain. Untuk menjamu selera terdapat juga disediakan lebih 50 food truck dan gerai jualan menerusi Festival makanan Malaysia yang turut diadakan di tapak acara.

Acara hiburan dan persembahan artis popular tempatan juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi festival ini .

Bayaran masuk ke Festival of Speed hanya RM30 dan festival akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam

Tiket boleh dibeli secara online di platform http://t2u.asia/e/28356

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
+6018-2223508 (Hakim) https://wa.link/4ynn3p
+6011-11256157 (Diza) https://wa.link/5rp7r

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *