Sat. May 4th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Geran Sokongan Sektor Kebudayaan MOTAC (GSSK) Kini Dibuka Untuk Permohonan

1 min read


Kuala Lumpur :
Bagi memastikan ekosistem kesenian dan kebusayaan negara terus kekal dan berdaya saing serta perkasa pada tahun 2023 Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya telah meneruskan pemberian Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK). Permohonan GSSK  MOTAC akan dibuka secara online dalam tempoh dua bulan sahaja bermula 19 Jun 2023 hingga 19 Ogos 2023 dan boleh dilayari di https://motac.gov.my/gssk23 .

GSSK MOTAC merupakan satu inisiatif kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2023 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC. Bidang fokus GSSK merangkumi Media, Warisan, Seni & Penciptaan. Manakala skop program atau acara adalah seperti pameran, Ekspo, Festival, Persidangan, Seminar, Bengkel, Pertandingan, Pementasan, Persembahan, Konsert, Penerbitan, Rakaman atau program-program lain yang diperakui oleh MOTAC.

Had maksimum pembiayaan tidak melebihi RM300 ribu dalam tempoh 1 tahun dan kelulusan terhad kepada dua permohonan sahaja untuk satu entiti.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://motac.gov.my/gssk23 atau telefon 01139199660.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *