Fri. May 3rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Festival Of Speed 2022 Semarakkan Pelancongan Automotif di Malaysia

1 min read

sdr_soft

KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER 2022 : Festival of Speed 2022 yang berlangsung di Sepang International Circuit hari ini kembali menyemarakkan lagi sukan permotoran negara sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan baru negara.

Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan SIC itu merupakan pameran dan platform untuk pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor.

Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran menjayakan aspirasi pelancongan negara menerusi acara pelancongan automotif.

“ Ini adalah kali pertama di Malaysia kita menjayakan Festival of Speed, yang sesungguhnya ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Selain pertunjukan kereta terkini , kereta klasik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minati di festival ini daripada pengedar-pengedar kenderaan yang menyertai acara ini dengan harga yang cukup istimewa, “ kata Dato’ Noorzaleha.

Festival yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang, YB Aiman Athirah Sabu dan telah berjaya memikat kunjungan ramai peminat aktiviti permotoran tempatan. Lebih menarik lagi pihak Polis Diraja Malaysia turut membuka kaunter semakan serta bayaran saman dengan diskaun sebanyak 50% khusus pada hari festival itu berlangsung.

Selain itu terdapat juga beberapa acara sampingan seperti aktiviti Drift Kereta, e-Sport car game, Bungee Jump dan banyak lagi permainan lain. Untuk menjamu selera terdapat juga disediakan lebih 50 food truck dan gerai jualan menerusi Festival makanan Malaysia yang turut diadakan di tapak acara.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *