Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Festival MOTAC D’Desa Martabatkan Industri Pelancongan Budaya

2 min read

SABAK BERNAM : Majlis kemuncak Festival MOTAC D’Desa @ Selangor, Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.Pada 7hb Oktober 2023, bertempat di Dataran Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor.

YB Tuan Borhan dalam ucapan perasmian berkata, Sesungguhnya, Selangor kaya dengan keunikan kesenian tradisional sama ada dalam bidang muzik, tarian, teater, seni pertahanan diri, permainan dan makanan tradisi, kraftangan dan banyak lagi. Justeru, kombinasi antara budaya dan destinasi menarik ini boleh menjadi wadah kepada rakyat dan pengusaha atau penggiat untuk menuai manafaat daripada aktiviti pelancongan dan kebudayaan yang dibawa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Lebih 2,000 pengunjung telah menghadiri majlis yang meriah ini. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Haji Rizam bin Ismail,Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Yang Bhg. Datuk Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), MOTAC, YBrs. Encik Mohd Radzi bin Omar,Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara dan barisan Pengurusan Tertinggi MOTAC, wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

YBhg. Datuk Shaharuddin yang mewakili YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiusaha MOTAC dalam ucapannya berkata, menerusi festival itu, masyarakat setempat dan sekitar diharap dapat menikmati kemakmuran ekonomi menerusi penjanaan pendapatan jualan produk termasuk makanan, penginapan serta aktiviti yang berkaitan.

Katanya, festival itu menjadi landasan terbaik mengangkat industri pelancongan budaya di peringkat negeri dan Persekutuan,amatlah bersesuaian dengan pemilihan daerah Sabak Bernam sebagai lokasi festival berkenaan.

MOTAC melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, menganjurkan festival ini.Usaha ini merupakan inisiatif Kementerian untuk menyemarakkan aktiviti seni, budaya dan pelancongan setempat ,terutamanya di Negeri Selangor.

Festival ini telah berjaya menarik lebih daripada 6,000 orang pengunjung menghadiri program selama 3 hari ini, mereka meliputi penduduk tempatan dan pelancong domestik.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *