Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

DISKAUN PAKEJ PERCUTIAN SEHINGGA 50% DI JERAYAWARA JOM CUTI-CUTI MALAYSIA 2023

2 min read


PETALING JAYA : Program pameran dan jualan Jerayawara Jom Cuti-
Cuti Malaysia (JCCM) 2023 yang berlangsung selama tiga hari di 1 Utama Shopping Centre
bermula semalam, menawarkan lebih 100 pakej pelancongan pada tawaran
diskaun antara 15 sehingga 50 peratus.

Antara pakej yang disasarkan bakal menarik minat pengunjung ialah Pakej Eksplorasi
8 Pulau di Semporna, Pakej Jelajah Kota Kinabalu dan Kundasang, Pakej Kereta Api ke
Dabong, Pakej Glamping di Lenggong, Pakej Berbulan Madu & Candlelight Dinner di
Langkawi, Pakej Percutian di Gunung Jerai, Pakej Cuti-Cuti Cikgu, Pakej Pelancongan
Durian dan Pakej Minat Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tourism
Malaysia.

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran
JCCM 2023 yang memasuki siri ketiganya pada tahun ini, antara lain bertujuan
merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik menerusi penjualan pakej
pelancongan secara terus kepada pengguna.

“Selain menggalakkan rakyat Malaysia untuk merancang percutian di dalam negara,
kita juga mahu membantu meningkatkan ekonomi penggiat industri tempatan. Oleh
itu, sebanyak 40 penggiat industri terdiri daripada agensi dan pemilik produk
pelancongan, hotel serta taman tema mengambil bahagian pada kali ini.
“Tawaran ekslusif kepada para pengunjung melibatkan potongan diskaun pakej
pelancongan “value for money” hanya boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari
sepanjang jerayawara ini berlangsung di sini,” katanya.

Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Melaka turut menyediakan Pusat
Informasi Pelancongan Bergerak (TIC Mobile) di pusat beli-belah berkenaan bagi
mempromosikan pelancongan negeri Melaka sempena penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.
JCCM 2023 yang dilancarkan pada 25 Februari lalu di the Curve Mutiara Damansara,
telah memulakan siri jelajahnya di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 26-28 Mei 2023.

Jerayawara ini akan diteruskan ke lima lagi lokasi di seluruh negara iaitu di
AEON Mall Kinta City pada 14-16 Julai diikuti oleh AEON Mall Shah Alam (25-27
Ogos), Sunway Carnival Mall (29 September – 1 Oktober), Sunway Pyramid (27-29
Oktober) dan AEON Mall Bandaraya Melaka (10-12 November).
Selain daripada pameran dan jualan pakej pelancongan, JCCM 2023 turut menyajikan
persembahan tarian kebudayaan, demonstrasi kraftangan, pertunjukan roti canai
terbang, kuiz pelancongan serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.


About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *