Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Datum Jelatek Hargai ‘Frontliners’ Menerusi Program Datum Care & Share

2 min read

Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota berseragam (Frontliners) seperti Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Bomba, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan beberapa agensi yang lain, Datumcorp International Sdn. Bhd (DCI) melancarkan program “DATUM CARE & SHARE” sempena sambutan Pra-Ulangtahun Pertama Datum Jelatek 2023.

Program “DATUM CARE & SHARE” diadakan bagi menghargai, menghulurkan bantuan & sumbangan serta perhatian kepada masyarakat dan golongan tertentu mengikut keperluan dan situasi semasa. Ianya adalah usaha dari DCI untuk masyarakat bagi meringankan beban serta membantu apa yang boleh diusahakan dalam skala yang kecil tapi berterusan.

DATUM CARE & SHARE 1.0 ini khusus kepada anggota berseragam yang berada dipersekitaran kawasan Jelatek, Setiawangsa, Keramat dan yang berada didalam pemukiman daerah Ampang. Ianya juga terbuka kepada seluruh anggota beruniform di Malaysia secara amnya. “Frontliners” yang berkunjung ke Datum Jelatek Shopping Centre, dengan berpakaian seragam dan memaparkan kad pengesahan anggota atau kad kerja (ID CARD) di kaunter utama aras G, layak untuk menikmati keistimewaan Datum Care & Share iaitu berupa baucer yang telah disediakan.

Ahli Lembaga Pengarah Bebas,DCI, Y.Bhg Dato Azlan Bin Abd Karim berkata, “ Usaha ini adalah untuk menghargai segala pengorbanan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada masyarakat terutama dipersekitaran Jelatek ini. Umum sedia maklum “Frontliners” berperanan besar dalam memastikan keselamatan, kesihatan, kebersihan serta keharmonian masyarakat setempat berada dalam keadaan yang baik. Ini menjadikan urusan seharian dan kehidupan kita semua berjalan sempurna. Selain itu DATUM CARE & SHARE ini adalah salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari DCI dan ianya juga mungkin akan dikembangkan kepada pihak-pihak lain pula seperti pihak media, pihak sekolah, pihak NGO dan sebagainya dimasa akan datang.

Sebuah “gimmick” pelancaran “Datum Care & Share” diadakan dengan aktiviti contengan mural BRIDGING THE COMMUNITY sebagai simbolik kebersamaan semua pihak badan berunifom , masyarakat dan juga Datum Jelatek. Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI). iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Ianya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *