Wed. Apr 24th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Ber’Jet Ski’ di Langkawi Sambut Hari Kebersihan Sedunia

2 min read

Kebiasaannya ramai orang ke Pulau Langkawi untuk bercuti. Namun ‘trip’ saya ke Langkawi kali ini agak istimewa, sebab saya mengikuti program yang dinamakan ‘Let’s Pick-up Some Trash’ bersempena sambutan Hari Kebersihan Sedunia yang jatuh pada 21 September 2018 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh syarikat penerbangan Firefly yang berkolaborasi bersama Frangipani Resort & Spa, Megawater Sports Jet Ski Tours, Tropical Charters dan Trash Hero Langkawi. Program Tanggungjawab Korporat Sosial ini bertemakan ‘Firefly is Green’ dan diketuai oleh Puan Izra Binti Mohd Izzudin, Timbalan Presiden Pemasaran dan Komunikasi Firefly. Kami diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Langkawi oleh Firefly. Objektif kami adalah untuk membuat aktiviti pembersihan pantai di sekitar Pulau Langkawi.

Sedikit kelainan pada program kali ini di mana kami semua menggunakan jet ski yang disediakan oleh MegaWater Sports Jet Ski Tours untuk bergerak dari satu pulau ke pulau untuk tujuan pembersihan pantai. Sebaik tiba di Pantai Chenang, Ketua Pegawai Eksekutif MegaWater Sports, Encik Hussein Mohd Said telah sedia menunggu kami. Menurut Encik Hussein, syarikatnya mempunyai 77 buah jet ski berjenama See-Doo GTI 90. Namun mereka tidak menyediakan perkhidmatan sewa jet ski, cuma MegaWater Sports menawarkan menjelajah gugusna pulau-pulau kecil yang terdapat di perairan Langkawi menggunakan jet ski.

Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan tasik air tawar yang dipanggil Tasik Dayang Bunting. Kami diberi tugasan untuk mengutip sampah serta apa sahaja bahan buangan lain yang terdapat di sekitar pulau ini. Lebih kurang 45 minit kami menjalankan misi kami dengan jayanya. Sayang sekali terlalu banyak botol-botol plastik yang ditinggalkan oleh pelancong-pelancong yang melawat di sini. Saya amat berharap agar jika anda bercuti di pulau-pulau, elakkan membawa minuman botol plastik. Seeloknya anda cuba untuk menggunakan botol air.

Aktiviti pembersihan pantai kami tidak berhenti di situ. Kami semua pulang ke The Frangipani Resort & Spa untuk membuat pembersihan pantai di Pantai Tengah. Program anjuran Firefly ini mendapat perhatian dan sokongan daripada organisasi yang dikenali dengan nama ‘Trash Hero Langkawi’.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *