Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Berhubung Seluruh Dunia Untuk Idea CSR Kreatif

3 min read

Taiwan Excellence melancarkan kempen filantropi global “Sharing is Caring”

(Kuala Lumpur, 11 Ogos 2021) Taiwan Excellence adalah tanda kualiti yang sekian lama melambangkan produk Taiwan yang terbaik dan kini memperluaskan komitmennya kepada masyarakat dengan pelancaran “Sharing is Caring” (Berkongsi adalah Menyayangi), sebuah inisiatif filantropi dermawan global yang baharu. Kempen ini telah diumumkan pada 11 Ogos dan bertujuan untuk mengumpul pelbagai cadangan berkaitan perlindungan alam sekitar dan sosial yang kreatif dan boleh dilaksanakan di seluruh dunia. Peserta bukan sahaja boleh memenangi hadiah menarik tetapi juga berpeluang untuk menghidupkan idea mereka.

Kempen “Sharing is Caring” Taiwan Excellence dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan dan akan dilancarkan secara rasmi pada 1 September 2021 dan tarikh akhir penyerahan cadangan adalah 31 Oktober 2021. Kempen ini terbuka kepada semua warga global untuk sumbangan idea demi meningkatkan masyarakat dan alam sekitar melalui penggunaan produk dan perkhidmatan Taiwan Excellence. Idea oleh tiga pemenang akan ditinjau oleh jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada golongan profesional dan profesor kebajikan social. Pemenang akan menerima wang hadiah bernilai USD 10,000 dan pembiayaan sehingga USD 150,000 untuk melaksanakan idea masing-masing. Rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian sambal menggunakan kreativiti dan mengambil peranan dalam memperbaiki dunia.

Menurut Ketua Pengarah Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan, Cynthia Kiang, kempen ini adalah inisiatif yang pertama untuk mempromosikan Taiwan Excellence melalui acara filantropi digital dan mendapat sokongan padu daripada 29 syarikat Taiwan Excellence sejak dilancarkan. Kiang amat optimis mengenai sambutan terhadap kempen ini dan menjangkakan pelbagai idea menarik yang bakal muncul dalam usaha ini demi kebaikan dunia dan masyarakat.

Encik Ramon Gil Macapagal, lembaga pemegang amanah Yayasan SM (di bawah SM Group, peruncit terbesar di Filipina) dan Encik Onno W. Purbo, penyokong internet dan pendidikan terkemuka di Indonesia juga turut menyertai sidang akhbar untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kedua-duanya menyatakan sokongan mereka kepada inisiatif kerajaan Taiwan yang berbeza daripada promosi jenama tradisional dengan melibatkan perniagaan dan masyarakat global dalam meningkatkan kebajikan sosial. Inisiatif ini akan berfungsi sebagai model yang terbaik untuk mempromosikan imej korporat dan nasional.

Menurut Pusat Dagangan Taiwan Kuala Lumpur, Taiwan Excellence sangat mementingkan

kebajikan tempatan sejak penubuhannya di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Antara usahanya sebelum ini termasuk pembentangan Jaket Penghalau Nyamuk Atunas, LED Pelbagai Guna Just Power dan program Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Gasing Indah; menyokong pegawai Putrajaya yang bertugas dengan kamera badan Transcend; menggalakkan kebersihan yang baik dengan sumbangan Semburan Disinfektan EleClean ke Sekolah Kebangsaan Subang, Sekolah Rendah Agama Kg Melayu Subang, D Garden Educare; menganjurkan bengkel badminton bersama pemain kebangsaan dan sumbangan perkakas badminton Victor kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari Heavenly Child Home.

Pada bulan Julai tahun ini, Taiwan Excellence menderma RM 10,000 dan beberapa kerusi roda Karma kepada Persatuan Kasih Sejati (GHCA). Aktiviti-aktiviti CSR oleh Taiwan Excellence, masyarakat Malaysia dan pihak majlis bandaraya sangat penting dalam memperbaiki kehidupan orang ramai.

Di samping itu, peserta Malaysia telah berjaya menonjol dalam pelbagai acara serupa yang diadakan di Taiwan sebelum ini, seperti Pertandingan Reka Bentuk Topeng Apac Kingston x CSD tahun lepas, di mana seorang pereka Malaysia memenangi tempat pertama; dan Meet TAIWAN – Asia Super Team di mana pasukan Malaysia berjaya menang beberapa kali. Pusat Dagangan Taiwan Kuala Lumpur percaya bahawa rakyat Malaysia akan menjadi pesaing yang kuat untuk ditonton dalam kempen CSR global terbaru ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara “Sharing is Caring”, sila layari laman web rasmi di https://share-care.taiwanexcellence.org atau ikuti laman Facebook Taiwan Excellence di https://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *