Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

BAJET 2024 TIDAK MEMBERI KESAN POSITIF BAGI PEMULIHAN INDUSTRI PERHOTELAN

2 min read

KENAIKKAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) AKAN MEMBERI KESAN KEPADA KENAIKKAN HARGA JUALAN BAGI INDUSTRI PENGINAPAN DAN BAJET 2024 DILIHAT

KUALA LUMPUR : Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) kesal dan mendapati bahawa bajet tahun 2024 tidak dapat memberi kesan jangka panjang yang positif terhadap usaha pemulihan Industri Perhotelan malah akan memaksa kenaikkan harga jualan jika Cukai Perkhidmatan dinaikkan dari 6% kepada 8% tanpa menaikkan nilai ambang bagi Cukai Perkhidmatan untuk industri Perhotelan.

Menurut Dr. Sri Ganesh Michiel, Presiden MyBHA, pihaknya sering kali mengariskan perkara-perkara yang seharusnya dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia dalam penyediaan bajet bagi tahun 2024 dan berharap agar pihak Kerajaan Malaysia dapat memberi pertimbangan dalam membantu Industri Perhotelan untuk bertahan dan pulih secara berperingkat pada tahun-tahun hadapan.

” Kami berasa kesal dan mendapati bahawa bajet tahun 2024 tidak dapat memberi kesan jangka panjang yang positif terhadap usaha pemulihan Industri Perhotelan malah akan memaksa kenaikkan harga jualan jika Cukai Perkhidmatan dinaikkan dari 6% kepada 8% tanpa menaikkan nilai ambang bagi Cukai Perkhidmatan untuk industri Perhotelan. Kami juga kecewa apabila tiada kenaikkan Nilai Ambang Tahunan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi Industri Perhotelan daripada RM 500,000.00 kepada RM 1,500,000.00 yang mana Hotel Bajet adalah suatu industri yang digunakan oleh Golongan B40 yang telah disuarakan sekian lama,” kata Dr Sri Ganesh.

Menurutnya lagi dalam mengembalikan keupayaan Industri Perhotelan, Kerajaan Malaysia seharusnya berupaya untuk memperkenalkan suatu bajet yang lebih berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman Industri serta mendapatkan kembali cukai-cukai yang telah hilang / ketirisan hasil akibat kegagalan dalam mengambil tindakkan awal terhadap ancapan-ancaman Industri Perhotelan akibat ketiadaan reformasi undang-undang khusus untuk mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek / Short-Term Residential Accommodation (STRA) dan semua jenis Agensi Pelancongan Atas Talian (Online Travel Agencies / OTA’s) yang telah sekian lama mengambil hak Pengusaha-Pengusaha Perhotelan.

Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan kami tidak akan mendapat manafaatnya jika Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek / Short-Term Residential Accommodation (STRA) dan semua jenis Agensi Pelancongan Atas Talian (Online Travel Agencies / OTA’s) gagal dikawal selia.

Walaubagaimanapun, dalam mengembalikan keupayaan Industri, Kerajaan Malaysia Madani seharusnya berupaya untuk memperkenalkan suatu bajet yang lebih baik, mesra dan berkesan bagi Industri Perhotelan secara khasnya dan Industri Pelancongan secara amnya yang merupakan suatu Industri berdaya saing yang telah terkesan dalam memastikan kelestarian dalam memacu pemulihan industri perhotelan pada Tahun 2024 tersebut.

“Kami ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia Madani dalam memperuntukkan 350 juta ringgit bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia termasuk semua inisiatif positif bagi Industri Pelancongan dan kreatif yang telah diumumkan,” tambahnya lagi.

DR. SRI GANESH MICHIEL

Presiden
Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA)

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *