Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

BAJET 2021: Aspirasi Pelancongan, Seni Dan Budaya

2 min read

4 November 2020 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yakin Bajet yang akan dibentangkan pada 6 November 2020 amat penting bagi negara kerana ia bakal memberi suntikan kepada perancangan pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya serta membantu pemulihan sektor pelancongan, seni dan budaya, khususnya.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata “MOTAC yakin sektor pelancongan, seni dan budaya bersedia dan menjadi penggerak utama kepada pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Ini adalah rantaian ekonomi yang amat besar, merentasi pelbagai segmen ekonomi, seperti dalam aspek penginapan, pengangkutan darat, laut dan udara, makanan dan minuman, agensi pelancongan, aset-aset warisan seni budaya serta pengurusan acara.”

Jelas beliau, dalam memastikan sektor ini terus berkembang, MOTAC akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam merancakkan industri pelancongan, seni dan budaya dengan pembangunan pusat data raya. Ini bagi membantu pemasaran dan promosi produk serta perkhidmatan berkaitan pelancongan, seni, budaya dan warisan.

Selain itu, kemudahan infrastruktur pelancongan, program outreach dan upskilling & reskilling juga adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan oleh MOTAC. MOTAC akan mempelbagaikan lagi produk pelancongan, sama ada dari segi produk fizikal serta yang berbentuk kesenian dan kebudayaan. MOTAC akan meningkatkan kerjasama dengan semua agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri serta penggiat-penggiat industri ini bagi menjayakan matlamat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang lestari dan kaya budaya.

Dato’ Sri Hajah Nancy berharap mudah-mudahan Bajet 2021 yang akan diumumkan kelak dapat memberi peluang kepada Kementerian untuk membantu penggiat industri sektor pelancongan, seni dan budaya Malaysia terus kukuh sekaligus menyokong pemulihan ekonomi negara pada masa akan datang.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *