Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Allstar AirAsia Sambut Kaamatan dan Gawai dengan penuh gaya

3 min read

Kepelbagaian budaya di negara tercinta kita, Malaysia, adalah tidak asing bagi AirAsia malah, setiap tahun, ribuan Allstar AirAsia di seluruh negara akan berkumpul untuk meraikan ratusan perayaan unik yang disambut dengan meriah di Malaysia.

Pesta Kaamatan dan Gawai juga tidak terkecuali, dan pada tahun ini, kami meraikannya bersama beberapa tetamu istimewa yang membawa kami untuk mendalami sejarah di sebalik perayaan kesyukuran ini.

Kaamatan dan Gawai adalah pesta menuai yang diraikan di Sabah dan Sarawak, namun setiap satunya mempunyai sejarah yang kaya dengan budaya mengikut tradisi mereka tersendiri.

Kaamatan diraikan oleh penduduk asli Sabah pada setiap 30 dan 31 Mei, dan perkataan ‘Kaamatan’ berasal dari istilah Kadazan-Dusun yang bermaksud “menuai hasil”. Semasa musim menuai padi, para penduduk kampung, ahli masyarakat, dan penduduk asli sama-sama mengambil bahagian dalam siri ritual bagi mengenang Huminodun, anak kepada Dewa Kinoingan. Legenda mempercayai bahawa Huminodun mengorbankan dirinya sendiri dengan ‘menanam’ tubuh dan rohnya ke dalam tanah yang kemudiannya berubah menjadi makanan dan hasil tani yang subur, menyelamatkan umat manusia daripada kesusahan semasa tempoh kebuluran yang panjang. Pada zaman moden, perayaan Kaamatan telah berkembang untuk merangkumi pelbagai aktiviti menarik bagi penduduk Sabah, terutamanya pertandingan kecantikan Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun di negeri itu.

Hari Gawai, atau Gawai Dayak, diraikan secara rasmi di Sarawak pada 1 dan 2 Jun setiap tahun untuk menandakan berakhirnya musim menuai dengan memberikan penghormatan kepada para dewa yang telah memberi rezeki dan keberkatan. Namun, persiapan dan perayaan biasanya akan bermula beberapa minggu sebelumnya. Komuniti Dayak terdiri daripada orang Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, dan pelbagai etnik yang lain, dan Gawai dianggap sebagai pesta kesyukuran dan menuai untuk menghormati warisan asli negeri ini di samping mensyukuri hasil tuaian yang melimpah ruah. Pembuatan tuak, sejenis arak beras tradisional, dan sambutan secara meriah semasa perayaan istimewa ini adalah sebahagian penting daripada semangat komuniti semasa Hari Gawai. Pada masa kini, ramai penduduk tempatan di rumah panjang dan kampung-kampung kecil masih mengamalkan tradisi ini dengan penuh rasa hormat.

Allstar Marvena Jitol adalah antara ribuan Allstars yang meraikan perayaan ini. Marvena bertugas sebagai Kru Kabin AirAsia dan berasal dari Sabah. Marvena telah dinobatkan sebagai Miss Unduk Ngadau Kudat pada tahun 2013, Miss Unduk Ngadau Kota Marudu pada tahun 2015, dan Miss Grand Penampang pada tahun 2020. Sempena Pesta Kaamatan, beliau berkesempatan untuk berkongsi bersama kami tentang kepentingan perayaan ini, dan bagaimana Kaamatan turut melambangkan perpaduan serta simbolik menghormati hubungan antara Pencipta dan ciptaan-Nya.

“Kaamatan adalah waktu istimewa bagi kami untuk berterima kasih kepada semangat padi, dan walaupun saya tidak dapat meraikannya bersama keluarga saya pada tahun ini, saya amat gembira kerana dapat meraikan hari ini bersama keluarga AirAsia, dan menyaksikan keindahan dan sejarah pesta ini,” katanya.

Marvena, yang berasal dari Kota Marudu di Sabah, menambah bahawa beliau berharap warisan di sebalik Kaamatan dan Gawai tidak akan hilang pada tahun-tahun yang akan datang, dan generasi masa depan akan dapat menghargai warisan semula jadi dan budaya unik Malaysia Timur ini.

[Keterangan gambar: Marvena telah dinobatkan sebagai Miss Unduk Ngadau sebanyak dua kali]

Tahun lalu, Marvena dan rakan Allstar, Diana Elizabeth Patros dari Bahagian Khidmat Pelanggan, telah mengejutkan para tetamu di dalam penerbangan AK5136 dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan Miri dengan memakai pakaian tradisional dan menampilkan tarian tradisional yang memukau para tetamu.

Pada 18 Mei 2023, seramai lebih daripada 100 Orang Asal dari Sabah dan Sarawak telah melawat AirAsia RedQ, ibu pejabat Capital A di Sepang. Kumpulan tersebut terdiri daripada penduduk asal dari kedua-dua negeri tersebut dan mereka telah menaiki penerbangan AirAsia AK5233 ke Kuala Lumpur dari Kuching untuk menyertai Borneo Native Festival yang turut berlangsung pada minggu yang sama. Setelah turun dari pesawat dan meninggalkan lapangan terbang, kumpulan itu bergerak ke RedQ di mana mereka disambut dengan meriah oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, dan ratusan Allstars yang turut teruja mengalu-alukan kehadiran mereka.

 Gabungan Orang Asal visit RedQ
 Gabungan Orang Asal visit RedQ
 Gabungan Orang Asal visit RedQ
 Gabungan Orang Asal visit RedQ

 Gabungan Orang Asal visit RedQ

Gabungan Orang Asal visit RedQ

Kumpulan tersebut yang diketuai Peter John Jaban, lengkap pakaian tradisional etnik, mengejutkan penghuni RedQ dengan tarian spontan mereka mengikut rentak lagu terkenal ‘Anak Kampung’ dan ‘Bekikis Bulu Betis’ yang berasal dari Malaysia Timur. Bagi ramai Allstars yang berpangkalan di RedQ, ia merupakan satu pengalaman yang mempesonakan untuk dapat menyaksikan secara langsung keindahan dan keajaiban adat istiadat menarik dan seni tradisional penduduk asli Sabah dan Sarawak.

Biarpun Allstars terdiri daripada pelbagai budaya di serata dunia, kami sentiasa mengalu-alukan sambutan yang penuh meriah dan teruja untuk memberikan penghormatan kami terhadap budaya dan warisan rakan sekerja kami tanpa mengenal batasan. AirAsia dengan bangganya menyambut Gawai Dayak dan Tadau Kaamatan bersama-sama, sebagai sebuah keluarga

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *