Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Alami Keindahan Musim Bunga Sakura Jepun dengan Pengalaman Bertema Sakura Airbnb yang Unik

2 min read

Bukan perkara baharu Malaysia menjalin hubungan yang baik dengan Negara Matahari Terbit ini. Sebenarnya, Malaysia merupakan salah satu daripada sepuluh negara teratas di dunia yang melawat Jepun pada bulan Disember 2018 sahaja.

Dengan meningkatnya “ekonomi pengalaman” pengembara kini mencari aktiviti tempatan dan tulen yang bukan sekadar lawatan biasa. Kejiranan yang jarang dikunjungi dan Pengalaman Airbnb terbukti popular dengan tempahan dari Malaysia, USA, Australia, Singapura, China, UK, Kanada, Thailand dan Filipina.

Lihat destinasi yang dikunjungi oleh semua orang sambil Airbnb berkongsi senarai pengalaman unik di Tokyo untuk mereka yang merancang untuk mengembara semasa musim bunga sakura.

Pemandangan di Yanaka
Kejiranan Yanaka di Tokyo menawarkan peluang kepada pengembara untuk mengalami budaya Jepun yang tulen, yang masih mengamalkan cara hidup tradisional sebagai sebahagian daripada rutin harian penduduk kawasan kejiranan ini.

Kawasan ini terkenal dengan manisan Jepun, kedai teh dan pertukangan tempat tukang-tukang mahir dan pemilik kedai berbangga membuat pakaian dan aksesori untuk pelakon Kabuki dan geisha yang pada suatu masa dahulu berjalan-jalan di sekitar lorong sempit kejiranan ini. Pada musim bunga Tanah Perkuburan Yanaka bersemarak dengan pokok bunga sakura yang tersebar luas, cara alternatif untuk melihat keindahan bunga-bunga ini yang mekar sepenuhnya.

  • Terokai bandar Yanaka dan Kuramae, juga dikenali sebagai “Brooklyn of Tokyo” sambil menunggang “tokyobike”. Terokai sisi lama dan baru Tokyo dengan berbasikal sambil mengayuh melewati bengkel tukang kecil yang masih beroperasi dan kilang-kilang yang kini menempatkan kedai kopi dan kilang coklat.
  • Lihat Yanaka dari kacamata warga tempatan sambil bersiar-siar melalui jalan membeli-belah, melihat pisau dapur dan merasa manisan seperti karinto dan manju daripada kedai Jepun tradisional. Telusuri jalan-jalan berkelok sempit, hingga ke dinding lama
    yang diperbuat daripada jubin dan perhentian terakhir di Tanah Perkuburan Yanaka untuk peluang melihat bunga sakura yang indah.
  • Ketahui sejarah wagashi (manisan Jepun) daripada pemilik kedai wagashi yang terkenal. Lengkapkan pengalaman dengan teh organik Jepun.

Selain itu, anda juga boleh menjadikan lawatan bunga sakura anda sukar dilupakan dengan berhubung dengan penduduk tempatan sama ada anda berada di Tokyo, Osaka atau Kyoto. Komuniti hos Airbnb tempatan, yang bersemangat tentang budaya tempatan mereka telah mencipta pengalaman bertema sakura yang unik dan temui unsur-unsur unik budaya Jepun. Tinggalkan orang ramai di taman untuk menonton hanami, dan sebaliknya ambil bahagian dalam aktiviti penduduk tempatan juga.

Nikmati pemandangan indah bunga sakura dalam kayak persendirian dan lihat dunia berlalu pergi dengan berkayak bunga sakura.

Tambah pengikut Instagram anda dan dapatkan lebih banyak suka dan komen dengan membuat gulungan maki sushi bunga sakura yang boleh diinstagramkan.

Tunjukkan kemahiran memasak anda kepada rakan di rumah dengan membuat manisan bunga sakura Jepun.

Sedang merancang percutian musim bunga anda ke Jepun? Terokai cara terbaik untuk menikmati penawaran masa terhad bunga sakura di Jepun!

 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *