Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Rekaan Eksklusif Emas Berimej Malaysia Jadi Tarikan Pelancong

3 min read


KUALA LUMPUR : Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) telah memperkenalkan rekaan eksklusif barangan kemas berimej Malaysia menerusi Links of Malaysia (LOM) dan Look Of Love (LOL) melalui platform pembuat barangan kemas, Nayli B Jewels.Rekaan eksklusif ini memaparkan rekabentuk Congkak, Gong, Wau, Bunga Raya, Stadium JDT dan apa sahaja yang melambangkan simbol dan imej Malaysia seperti manggis, durian dan sebagainya .

Presiden MiTDA, Dato Noor Zaleha telah merasmikan acara simbolik pelancaran ini yang dihadiri oleh ahli DEWI dan juga tetamu jemputan termasuk wakil kedutaan Mesir, Tajikistan dan Tonga serta wakilmedia .Turut hadir pada acara ini ialah Prof Dato Dr Norbik Basha Idris(Pengerusi Ihsan Ifintech), Datin Raskidah Ali, (CEO Ihsan iFintech/Pengerusi DEWI), Dr Nor Saidatul Akmar, (CEO DEWI), Dato’ Seri Halim Ishak, (Pengerusi, Malaysia Community CareFoundation (MCCF)/ Pengerusi, UK GOLD) Dato’ Rosmadi Ghazali(Pengerusi Eksekutif RAED Ascent/ Pengarah, UK GOLD), Prof Dato’ Azahari@Dr Love (Pengarah UK GOLD),Datuk Azlie Abdul Halim (Presiden ITAM)Capt Mahadzir Tan Sri Mansor,(CEO ITAM) dan Puan Rozila Kamaruddin (Pengarah Bio Green Bamboo).

Menurut Datin Raskidah Ali, CEO Ihsan iFintech/Pengerusi DEWI :”Untuk tempahan boleh siap antara tujuh hingga 14 hari tetapi ada beberapa rekaan sudah tersedia untuk dibeli. Ada warga asing sanggup membelanjakan sehingga RM10,000 beli beberapa rekaan untuk gelang charm ini sebagai kenangan sebelum pulang ke negaranya.Usahawan DEWI ramai tertumpu dengan fesyen dan lain-lain tetapi menerusi projek ini juga kita hendak galakkan lebih ramai usahawan DEWI terbabit dalam perniagaan emas kerana ia pelaburan yang takkan rugi walau apa juga situasi,”Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) juga bakal melancarkan kad debit khas untuk ahli DEWI untuk pembelian pelbagai barangan termasuk melalui platform online. Disamping itu juga DEWI akan mengadakan pelbagai kelas kemahiran berkaitan produk emas kepada ahli DEWI.

Wakil kedutaan Tajikistan ,Mohira ketika ditemui mengucapkan rasa bangga dengan kejayaan DEWI melancarkan pelbagai produk tersendiri dan beliau menganggap kejayaan DEWI ini wajar dicontohi oleh kaum wanita di negaranya.Di dalam sektor pelancongan pula, Links Of Malaysia (LOM) yang merupakan idea terulung Nayli B Jewels selain turut akan menonjolkan simbolik item-item pelancongan negara dalam bentuk emas, ianya akan dapat memberi nilai tambah yang lebih jitu dgn rancangan usahasama ‘tripartite’ untuk mewujudkan kesedaran terhadap simpanan emas, usahawan emas, pelaburan emas terutamanya secara digital dan memenuhi keperluan pematuhan shariah. Ini seterusnya mampu meningkatkan aktiviti ekonomi.

“MiTDA amat berbangga dengan Nayli B Jewels yg telah berjaya memperkenalkan LOM dan LOL. Satu pengenalan yg begitu unik, kreatif dan mempunyai ‘niche’ produk dan pasaran yg berbeza dan tersendiri. Dalam masa yg sama kepakaran menghasilkan pelbagai reka bentuk emas bertemakan sebarang keperluan menurut kehendak pelanggan dan produk berkaitan pelancongan negara adalah satu usaha yg amat baik dan tepat pada masanya”-Presiden MiTDA, Dato Noor Zaleha.

Berkaitan kolaborasi dengan sektor pelancongan, MiTDA menerusi Investment Tourism Association of Malaysia (ITAM), Rosmadi berkata MiTDA yang juga rakan strategik kepada MOTAC bertanggungjawab menarik seramai 30 juta pelancong ke negara ini.

“Jika seorang berbelanja sebanyak RM4k negara akan dapat hasil dari tourist receipts sebanyak RM120 bilion tidak termasuk dari spill over effect yang lain termasuk program emas yang dilancarkan semalam.”Presiden MiTDA, Dato Noor Zaleha.

Orang ramai yang berminat untuk melihat produk emas ini bolehlah berkunjung ke alamat berikut :-Wisma Trax No 1 Jalan 5, off Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur
.#Mitda#ITAM#linksofmalaysia#naylibjewel

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *