Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Perbezaan Antara Galaxy A33 5G dan Galaxy A32 5G

2 min read

Gergasi teknologi Korea Selatan tahun ini telah melancarkan model terbaru Samsung Galaxy A33 5G untuk menggantikan siri A32 5G. Setahun model A32 5G berkhidmat dengan saya tanpa memberikan sebarang masalah. Dengan adanya model terbaru A33 5G ini, dikhabarkan lebih banyak penambaikan yang diberikan kepada model terbaru ini. Majalah Santai Travel cuba membandingkan spesifikasi Samsung Galaxy A33 5G dan Galaxy A32 5G. Jom kita tengok apakah penambahbaikan untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna :-

Paparan
Samsung meningkatkan kualiti layar papran Galaxy A33 5G. Panel yang digunakan adalah Super AMOLED yang menawarkan gambar yang lebih kaya warna dan perincian lebih baik jika dibandingkan dengan TFT IPS yang dipakai di Galaxy A32 5G. Malah resolusinya telah dinaiktaraf ke Full HD+ dari HD+ dan kadar segar semula dari 6-Hz ke 90Hz.

Rekabentuk
Rekabentuk memainkan peranan yang amat penting untuk pengguna. Ini akan memberikan gaya lebih premium untuk telefon pintar tersebut. Jika dilihat Galaxy A32 5G kelihatan bahagian belakang berlapis seperti kaca namun untuk Galaxy A33 5G, Samsung memberikan lapisan matte untuk kelihatan lebih premium namun pada harga yang mampu milik. Genggaman juga lebih kemas saat di tangan. Perbezaan lain di mana bahagian rangka kini dibuat glossy manakala pembaruan di bahagian kamera belakang lebih menonjol ke atas. Mungkin ramai yang tidak perasan Galaxy A33 5G lebih kompak dan ringan jika dibandingkan dengan A32 5G.
Galaxy A335G dengan ukuran 159.7 x 74 x 8.1 mm dan berat 186 gram jika dibanding A32 5G berukuran 164.2 x 76.1 x 9.1 mm dan berat 205 gram. Satu kelebihan besar A33 5G adalah ia mempunyai rating IP67. Dengan adanya spesifikasi ini, anda tidak perlu risau jika telefon pintar anda terkena hujan atau terkena air. IP67 adalah rating ketahanan air dan debu.
Galaxy A32 5G menggunakankan chipset Dimensity 720 MediaTek manakala Galaxy A33 5G disokong oleh Exynos 1280 yang dibuat oleh Samsung sendiri. Di atas kertas, prestasi Exynos 1280 lebih cepat daripada Dimensity 720. A33 5G didatangkan dengan 8MB RAM

Kamera
Komposisi kamera Galaxy A32 5G dan A33 5G masih sama. Kamera utamanya 48 MP, bersanding dengan ultra-wide 8 MP, makro 5 MP dan depth 2 MP. Cuma untuk A33 5G, ia telah diberikan fungsi OIS. Ini akan menjadikan video lebih stabil dan kualiti potret di waktu malam yang lebih baik.

Bateri
Samsung masih menggunakan bateri berkapasiti 5.000 mAh pada kedua-dua model ini dengan kemampuan fast charging pada kadar 25W. Cuma bezanya kali ini pek penjualan Galaxy A33 5G tidak disertakan adaptor pengecas. Anda perlu menggunakan adaptor pengecas USB Type C yang sedia ada. Satu lagi fungsi yang telah ditiadakan adalah port audio jack 3.5mm.

Sistem Operasi
Apa yang saya suka tentang Samsung Galaxy A33 5G adalah sistem operasi Android yang terkini. Samsung juga menjanjikan naiktaraf Andriod sehingga empat tahun. Contohnya di mana Galaxy A33 5G menggunakan One UI 4.1 Android 12, maka nantinya pada tahun 2025 akan menggunakan platform Android 16. Ini menjadi satu solusi bagi pengguna selalu menggantikan telefon bimbit demi mengejar fungsi terbaru Android.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *