Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Pink Bazar Ramadhan Bantu Ceriakan Penggiat Seni

2 min read


KUALA LUMPUR : Pendamik Covid-19, banjir dan pelbagai bencana baru-baru ini telah memberi kesan teruk kepada warga seni terutamanya mereka di dalam industri TV dan Filem. Sehubungan itu Penganjuran Pink Bazar, inisiatif Cik Amy Mazurah daripada Komuniti Pasar Artisan dan En. Muhammad Imran Al-Kamal selaku pengerusi Kongress Muzika Malaysia telah membuka lembaran baru buat penggiat seni untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma dalam suasana ceria. Tujuan penganjuran ini adalah untuk memberi peluang kepada warga seni dengan menyediakan tapak perniagaan secara mampu milik atau percuma kepada yang memerlukan bagi membantu mereka menambahkan pendapatan bagi menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Penganjuran ini mendapat sokongan jitu daripada YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Seni yang lain termasuk Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan  Persatuan Artis Veteran.

“Kami bersyukur kerana usaha murni ini telah mendapat perhatian daripada Mr. Alex Yong daripada PUBLIKA dengan memberikan tapak bagi menganjurkan Pink Bazar Ramadhan ini dan Dato’ Joe dari Restaurant Canai 15 Cafe Publika yang menaja sajian bagi tetamu VIP, ” jelas Amy Mazurah.

Selain itu, tidak ketinggalan penerbit seperti En. Richard Ung En. Shuresh Ratnakrishnan, En.Keoh Chee Ang dan para artis yang memberi sumbangan nyanyian bagi memeriahkan majlis tersebut.

Antara Artis yang menjayakan Pink Bazar Ramadhan di Publika adalah:

1. Liza Rafar

2. Yassin Senario

3. Rozie Othman

4 Hajar @ Dato’ Kathy

5. Zazleen Zulkafli 

6. Rohaiyah

7. Azan Scan

8. Faezah Ilai

9. Putra Amaris

10. Cheb Ali

11.Putra Amaris

12. Nina Fazurina

13. Rashid Jaafar

14. Capt. Amai Kamarudin

15. Elyana Emrizal 

16.Azura Aziz

17. Sabhi Saddi

18. Azza Elite

19. Caza4u

20. Mahmud Al Basya

AKAN DATANG … !
Pink Bazar di M Square Mall
Tarikh : 20 April – 2May
Masa : 3 – 10pm

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *