Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Wajah Baru Klook Lebih Meyakinkan

3 min read

Kuala Lumpur, Mac 1, 2022 — Klook, platform e-dagang kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka, pada hari ini mempamerkan wajah baru yang tampil lebih berani. Penjenamaan semula syarikat ini tiba pada saat perubahan penting dalam industri pelancongan di mana Klook bersiap sedia untuk menerajui masa depan dunia pelancongan pada tahun 2022 dan seterusnya. Ia juga merupakan penjenamaan semula hujung-ke-hujung pertama Klook dan melambangkan komitmen Klook untuk memperkasakan ekosistem pelancongan sama ada untuk pelanggan, pengendali pelancongan, mahupun rakan kongsi untuk perjalanan yang lebih menarik.

Dibentuk dengan kerjasama agensi jenama global Superunion, identiti jenama baharu Klook menjemput orang ramai untuk alami semuanya dengan keyakinan, kegembiraan dan semangat tinggi. Jenama baharu ini berpaksikan tujuan baharu jenama syarikat Klook, “To Inspire and enable more moments of joy” (Untuk memberi inspirasi dan membolehkan lebih banyak detik kegembiraan). Ini menegaskan semula komitmen Klook untuk menggiatkan semula industri pelancongan.

“Penjenamaan semula ini menandakan peralihan dalam cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Kami akan menjangkau sempadan dan memperkenalkan cara baharu untuk menyampaikan pengalaman menggembirakan yang merentasi semua titik sentuh jenama kami,” kata Naib Presiden, Pemasaran Global Klook, Marcus Yong. “Dengan penyambungan semula dunia pelancongan secara beransur-ansur, sekarang merupakan masa terbaik untuk memperkenalkan Klook serba baharu kepada dunia dan membantu pelanggan membayangkan semula cara untuk mengembara dalam persekitaran baharu ini.”

“Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam penjenamaan semula Klook. Ramai orang sudah mula menyedari kesan positif pelancongan luar negara dan pengalaman tempatan bagi kesihatan minda kami. Ekspresi jenama baharu Klook yang meriah meraikan saat-saat menarik dan keriangan yang boleh diperolehi daripadanya,” kata Pengarah Strategi Urusan Superunion Singapura, Ambrish Chaudhry.

Penjenamaan semula itu menampilkan identiti baharu dengan pengenalan ikon Klook, tanda kata, tipografi, warna, ilustrasi dan ikon baharu. Pelanggan juga boleh menantikan pengalaman pengguna yang lebih interaktif dan menarik di Klook, dengan format media baharu seperti grafik bergerak, video pendek, dan kandungan yang lebih menarik seperti panduan perjalanan, strim langsung dan ulasan vlog.


Ikon, warna dan tanda kata baharu

Rajah 1. Ikon Klook, “Joysplash.”

Ikon baharu yang dinamakan “Joysplash” merupakan manifestasi tujuan jenama yang diperbaharui, inilah semangat dan keceriaan Klook yang bewarna-warni. Warna-warna bertenaga juga mewakili kepelbagaian dalam pangkalan pelanggan global Klook yang sentiasa mencari pengalaman yang menarik, hebat dan ceria yang memuaskan keinginan mereka untuk merantau.

Tanda kata baharu Klook dengan bucu bulat dan garisan yang lebih lembut ini mencerminkan pendekatan kemanusiaan dan peribadi Klook untuk memberikan pelanggan pengalaman yang lebih menggembirakan. Klook, yang juga membawa maksud “Keep Looking”(Terus Melihat), menggalakkan pelanggannya yang juga merupakan penduduk global untuk melihat dunia dengan semua deria mereka untuk mendapat pengalaman penuh kegembiraan, keasyikan, dan kemeriahan.

Ciri inovatif baharu untuk menaik taraf pengalaman pelanggan

Tujuan jenama serba baharu ini memaparkan semangat dedikasi syarikat untuk menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik bagi pelanggan. Mulai 1 Mac, pelanggan yang log masuk ke aplikasi baharu akan disambut dengan ujian personaliti interaktif bagi mendedahkan Watak Kegembiraan mereka. Ujian personaliti itu menampilkan lapan watak unik seperti “Adrenaline Chaser” atau “Culture Vulture”. Pelanggan yang melengkapkan ujian akan mendapat kupon yang diperibadikan berdasarkan ujian personaliti mereka.

Klook juga akan mengubah cara pelanggan meninggalkan ulasan dengan memperkenalkan sistem teg kata kunci sensori. Pelanggan akan dapat tinggalkan ualasan dengan teg kata kunci seperti “santai”, “menggembirakan”, “lucu”, “tidak dijangka”. Pelanggan boleh menapis dan mencari pengalaman berdasarkan parameter yang menarik minat mereka.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *