Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tawaran Hebat Pelancongan Di Malaysia Virtual Travel Expo

2 min read


KUALA LUMPUR, 16 Julai 2020 : Dalam mengharungi cabaran industri pelancongan yang terjejas akibat Covid 19, semua pihak termasuk di peringkat kerajaan, sektor swasta dan semua penggiat industri pelancongan perlu mempergiatkan kerjasama secara  dalam menetapkan matlamat bersama untuk memastikan industri pelancongan negara terus berdaya saing.

Justeru penganjuran Malaysia Virtual Travel Expo  ini dilihat sebagai satu inisiatif segera dalam membantu membina semula industri pelancongan domestik negara secara kreatif. 

Program yang dianjurkan buat julung kalinya ini akan berlangsung selama dia hari pada 22-23 Ogos 2020 melalui acara atas talian di lamam www.mytravelexpo.com. Program ini dianjurkan oleh Persatuan E-Keusahawanan Maju dan Quinton Group sebagai penaja utama dan turut disokong oleh rakan strategik Majlis Pelancongan Malaysia dan Persatuan Bajet Hotel Malaysia (MyBHA).

Penganjuran program Malaysia Virtual Travel Expo adalah selaras dengan hasrat kerajaan mempromosikan kempen pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia.

Menurut Noor Fadzli Shah Hj Noor Hashim, Ketua Program merangkap Ketua Pegawai Pemasaran Quinton Group, program ini diadakan bagi membantu membina semula industri pelancongan negara sehingga meletakkan Malaysia sebagai negara terunggul dalam sektor pelancongan. 

“Saya berharap semua penggiat industri pelancongan seperti hotel, agensi pelancongan, taman tema, syarikat penerbangan, pusat spa dan lain-lain lagi dapat mengambil peluang ini untuk mempromosikan serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di platform yang disediakan secara efektif,’ kata Noor Fadzli Shah.

Sementara itu menurut Jason Lim , Pemangku Presiden Persatuan E- Keusahawanan Maju, pihaknya menawarkan pelbagai tawaran hebat pakej pelancongan serta hadiah istimewa untuk cabutan bertuah. 

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan serta pelbagai perkhidmatan pelancongan pada harga yang cukup istimewa,” kata Jason Lim.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *