Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MAEPS Cipta Sejarah Terima Malaysia Book Of Records

2 min read

Majlis Penyerahan Fasiliti MAEPS telah dianjurkan oleh pihak pengurusan PKRC MAEPS Serdang pada 15 Julai 2020 bertempat di Dewan D2. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai upacara simbolik penutupan rasmi operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS Serdang.

Ia juga merupakan satu inisiatif yang diambil oleh KKM sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan mereka. Petugas-petugas ini telah bertungkus lumus berkhidmat di PKRC MAEPS Serdang dalam membantu menjayakan usaha kerajaan membendung penularan COVID-19. 

Bersempena dengan majlis tersebut, satu sesi penyerahan sijil Malaysia Book of Records (MBR) juga telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Penobatan MAEPS Serdang sebagai “Fastest to Complete Interim Treatment Centre” telah diiktiraf oleh pihak MBR dengan mengambilkira beberapa faktor untuk melayakkan MAEPS dianugerahkan dengan pencapaian tersebut. Sijil pencapaian rekod ini telah diserahkan secara rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif MARDI Corporation Sdn Bhd, Encik Zaidi Shahrim dan Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd, Puan Norafizah Rahman oleh Encik Aaron Bong Ken Jin (Pengurus Koperasi Korporat, MBR). 

PKRC MAEPS Serdang berjaya disiapkan dalam tempoh 4 hari yang dilengkapi dengan keperluan dan fasiliti hospital untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala rendah. Operasi PRKC secara rasminya telah bermula pada tarikh 16 April 2020 dan mula menerima pesakit pertama pada 21 April 2020. Pengoperasian PKRC ditamatkan secara rasmi pada 15 Julai 2020. PKRC Serdang ini telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah satu langkah proaktif Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dinegara ini. 

Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi yang diterajui oleh KKM dan melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia, Malaysia Genome Institute dan MAEPS Serdang.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *